Sunday, April 14, 2013

Cinta Ilahi


sekadar berkongsi tentang golongan-golongan yang dikasihi Allah. jadi, kalau hendak meraih cinta Ilahi, maka jadilah seperti golongan-golongan yang disebutkan dibawah ni:

1. golongan yang banyak bertaubat

2. golongan yang sentiasa menyucikan diri.

"................ SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri."
(Al-Baqarah, 2 : 222) 


3. golongan yang bertaqwa

".........maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa."
(Ali Imraan 3:76)


4. golongan yang bertawakkal

"............ kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."
(Ali Imraan 3:159)


5. golongan yang berlaku adil

"............berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
(Al-Hujuraat 49:9)


6. golongan yang sabar

"........ Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."
(Ali Imraan 3:146)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
akhir kata,


Tuhan
Layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
-Layar Keinsafan (Mestika)


cinta Ilahi cinta sejati
membawa bahgia yang kekal abadi
-cinta Ilahi (sofwatul mashoor - team nasyid sekolah aku)

rujukan : 
1. Mohammad Nizam Abdul Kadir.(2012). Bolehkah Bercouple? : Formula Cinta Bersyariat. Telaga Biru: Kuala Lumpur. 
2. Surah.My: Tafsir Al-Quran Bahasa Melayu (http://www.surah.my)


maa'ssalamah,
Pha is

10 comments:

  1. InsyaALLAH.. mudah2an ALLAH bagi kekuatan untuk beramal dan istiqomah dalam beramal.. terima kasih atas perkongsiannya..

    niat amal dan sampaikan ^__^

    ReplyDelete
  2. moga kita termasuk dalam golongan yang disenaraikan tu. amin.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah...selalu ingin mencuba menjadi seperti golongan itu

    ReplyDelete
  4. insyaAllah, harap termasuk dalam golongan kat atas. kena byk barusaha lagi ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...