Skip to main content

Misteri Pokok Pisang


Cuti kali ini, member satu sekolah, si farid berkesempatan datang ziarah aku. sekadar bertanya khabar dan datang copy movie dari external hard disk aku. masing-masing dalam cuti semester. Bila dah tak tau nak buat apa, layan movie kat laptop pun dah cukup best.

Sementara menunggu movie habis di-copy, banyak yang sempat kami bualkan. Lagi pula, waktu tu hujan turun mencurah tak henti.  Terperangkap beliau dalam rumah aku.

gambar hiasan. ehsan pakcik google.

“banyak jugak pokok pisang kat rumah hang ni.” kata beliau sambil matanya menjengah jauh melalui tingkap.

“ha ah. Mak aku yang tanam.” Jawab aku

“tak takut ka?” soal beliau sekadar mengusik.

Bagi budak-budak kampung macam aku dan beliau, zaman kanak-kanank kami selalu digembar-gemburkan akan kisah mistik berkenaan pokok pisang. Kononnya pokok pisang antara pokok yang digemari oleh makhluk-makhluk halus.

Masa aku masih kecil, acapkali kedengaran cerita ada orang ternampak jelmaan makhluk halus yang termangu di tepi pokok pisang. Baju putih rambut panjang, toyol, hantu raya, dan sebagainya. Cliché.

Kononnya, antara factor yang menyebabkan makhluk species ini suka pokok pisang, sebab di pokok pisang, ada katak pisang, yang khabarnya antara makanan fevered hantu raya, (or toyol. tak ingat mana satu).  Tak cukup dengan tu, ditambah lagi dengan “procedure” lengkap kalau nak tengok hantu raya. Tangkap katak pisang, ikat kat pokok pisang, dan sebagainya. Perinciannya aku tak ingat sangat, sebab aku tak pernah terfikir pun nak try.

Selain tu, masa kami kecik-kecik, pantang kalau kami Nampak pucuk pokok pisang (daun pisang yang masih muda, masih lagi bergulung). Cepat-cepat kami tutup lubang di atas pucuk pokok pisang tu, dan tekan perlahan-lahan, dengan harapan kami dapat tangkap anak kelawar. 

Masa tu, sapa yang dapat tangkap anak kelawar, dah dikira habis “legend” la. aku belum pernah dapat tangkap, tapi pernah Nampak kawan aku tangkap. Serius exited.

Dan bermacan-macam lagi kisah dan perihal pokok pisang yang mungkin aku dah lupa. Pendek kata, bagi budak-budak kampung macam aku dahulu, pokok pisang tak boleh nak dibuat main-main, sama macam busut, tanah perkuburan, dan sebagainya.

Berbalik kepada soalan member aku tadi, aku kata kepada beliau, “pokok pisang tak apa lagi. tak seram sangat. aku lebih risaukan pokok buluh.!” Jawab aku.

“ha.. betoi, betoi.”


*pokok buluh lagi dahsyat cerita dia. Hehehe...





maa’ssalamah,

Pha is

Comments

  1. ni macam ada sambungan jaa?

    seb bek kampung masa kecik dulu tak banyak pokok pisang. so takda lah disogok cerita2 "UNIK" tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. mula2 mmg rasa nk buat sambungan.. hm.. tengok lah kalau rajin...

      Delete
  2. Alahai.
    Bila baca entri nie, tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu. Byk bahan mainan boleh dibuat dari pokok pisang. Seronok sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kami jarang buat main.. buat bnde makan ader la.. jantung, buat batang, semua saya makan.. heheh

      Delete
  3. I siap tanam dalam umah lagi ni hahaha.
    tapi konon bomoh tangkap hantu buat rakit pakai batang pisang untk peranyutkan hantu tu kan. And batang pisang juga digunakan untuk sunatkan budak2 lelaki kan hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ha ah.. tu dulu, kalau pakai tok mudim.. zaman skrg dah pakai doktor...

      Delete
  4. Yo ke? bukan pokok langsuir kat pokok kelapa sawit ke selalu langsuir bersantai?

    ReplyDelete
  5. Pokok pisang ada, buluh pun ada.. Tak mau fikir byk sgt pasal benda2 ni sbb kalau tak nanti g mana je mesti teringat tau. hehe

    ReplyDelete
  6. betul betul betul, masa kecik2 dulu memang takut kalau lalu kat pokok pisang, padahal tak pernah nampak apa2 pun heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kadang2 rasa mcm pokok tu melambai-lambai je, padahal angin..

      Delete
  7. teringat dulu kecik2 p amik buluh kat umah tok menakan, nak buat meriam buluh, hee :)

    kenai dak sapa nih, saya tukaq nama lagi hoho (pcarian identiti dah jumpa) :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah la profil not available.. susah nk trace balik.
      ni adik hafiz kan?

      Delete
  8. erghyg pokok buluh tu kenapa pulak?cecite..cecite..

    ReplyDelete
  9. pokok pisang tu tak seram la pha is..yana suka makan pisang..favourite tu..tp yg pokok buluh tu seram..pernah dgr banyak citer pasal pokok buluh nie,sekali dgn org minyak..lg tinggi,lg besar rumpun pokok buluh tu lg seram..banyak penunggu..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha.. pokok buluh antara "bisa" bagi org minyak..

      Delete
  10. Pha Is,

    Aku pernah balik kampung ke rumah kawan di Batu Pahat.. lagi best sebab rumah dalam kebun pisang.. malam-malam sejuk dan sunyi je.. tak takut apa pun.. cuma pukul 3 pagi aku terjaga sebab rasa ada orang (aku tidur di ruang tamu).. rupanya ayah dia bangun tahajud dan baca Quran.. pukul 5.30pagi, ayah dia dah kejut aku, ajak ke surau, ayah dia jadi Imam surau!
    Mak ayah kawan aku tu meniaga proses krepek pisang.. tu yang rumah dalam kebun pisang dan kopi.. huhu :D

    ReplyDelete
  11. tak seram mana la kalau pokok pisang tu. yg seram kalau pokok buluh.pokok buluh kan selalu ada kat tepi2 semak dan hutan .

    tadi pun bukak ada direct ker iklan churp2..tak pernah lak buat iklan tu..tak tahu la dari mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kalau angin kuat, pokok buluh ada keluar bunyi.. mcm seram je..

      Delete
  12. kat rumah aku ada gak pokok pisang.. tp ayah aku cakap nak tunggu dia berbuah dulu, bau tebang... mujur luar pagar umah aku, lau tak.... jeng... jeng... jeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la.. kalau tebang sebelum berbuah, buat apa tanam.. hahaha

      Delete
  13. Takut bila dengar nama katak pisang...ngeri weh!

    ReplyDelete
  14. Pernah dengar kisah benang merah dengan hantu pokok pisang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah2..!yg ikat ibu jari kaki dengan benang merah, ikat kat pokok pisang kan..

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal