Skip to main content

Kahwin Awal Melemahkan


perkahwinan yang melemahkan di sini bukan bermaksud melemahkan tenaga batin yer. hehehe.. entri ini asalnya berkisarkan perbualan aku dan seorang sahabat di laman twitter. berkenaan senarai perkara yang ingin dibuat dalam hidup sebelum kahwin.

twitter, things to do before 30

dulu, aku pernah terbaca satu artikel dalam blog saifulislam.com (aku cuba cari balik artikel tu, tapi tak jumpa). dalam artikel tu, ustaz hasrizal pernah ditanya pendapat beliau tentang perkahwinan di usia muda / ketika masih belajar. (kalau tak silap).

dan jawapan yang diberikan oleh ustaz, adalah jawapan yang sangat aku tak sangka. beliau seolah-olah tidak menggalakkannya, walaupun (kalau tak silap aku) beliau sendiri berkahwin semasa masih belajar di luar negara. sebabnya, kata beliau perkahwinan di usia muda melemahkan, terutamanya bagi anak muda yang berjiwa aktif.

tapi, jika difikirkan, betul juga kata beliau. kalau bujang, nak buat apa pun orang tak kisah. contoh yang paling mudah, merantau ke tempat orang, bermusafir melihat keindahan ciptaan Allah, mencuba sesuatu yang baru, aktif berpersatuan, dan sebagainya.

tapi, bila dah kahwin ni, fikiran akan lebih tertumpu kepada keluarga. nak buat apa pun susah. nak kena fikir bini/suami, anak-anak (kalau ada). aktivity akan lebih tersekat.

sebab tu ustaz kata, perkahwinan di awal usia tak digalakkan kepada anak muda yang aktif. kalau jenis yang pasif, tak apa.


p/s 1: tapi aku ni, tak de la aktif sangat. so, boleh kahwin awal la.. hehehe.


p/s 2:
twitter izzah
ingat aku tak tau..? hahahah




maa'ssalamah,

Pha is

Comments

  1. yea la. kalau dah kwen kena tumpu pada family la kan
    setuju gak ngan ustaz hasrizal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau x aktif, kalau kalau dh x de apa sangat nk buat, baik kawin je...hehehe

      Delete
  2. hehehe...sian pd si sahabat...macam trauma dah dia...hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau kawen lambat tp dok menggedik bercinta lama2 pun bahaya jgkk . hehe tapi skrg kalau kawen awal pun tak de msalah sgt kan sbb masing2 berjiwa muda lagi rasanya lagi mcm2 boleh buat kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu, lagi baik.. kawin awal, tapi sama2 aktif. buat aktiviti sekali. so sweet.. hehehe

      Delete
  4. ada betol gak kata ustaz tu...dah bosan
    tu yg mcm2 jadik..org kate tak puas muda...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum awak. saya ni contoh kawin muda. alhamdullilah syukur masih lagi boleh buat itu ini bersama suami. sepatutnya kawin muda digalakkan sebab mengelakkan maksiat. awak tahu tak, seharian hidup kita dikelilingi maksiat tanpa kita sedar. adalah lebih baik bagi yang mampu untuk segera berkahwin. hihi.maaf jika tersalah bahasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. terima kasih atas komen saudari.

      ya, tak dinafikan kahwin awal tu mengelakkan maksiat. itu salah satu kelebihan kahwin awal. terutamanya bagi yg sudah "berpasangan" tetapi masih belum berkahwin. dalam hal seperti ini, sememangnya kahwin awal itu sangat-sangat digalakkan. malah, kahwin sahaja secara khitbah jika perlu. (untuk student terutamanya)

      tetapi fokus yang saya maksudkan disini adalah kepada yang jenis "forever alone". yg jenis aktif berpersatuan, berdakwah, merantau, sehingga tak ada masa untuk bercouple dan sebagainya. mungkin bagi situasi anak muda yang sebegini, kahwin awal tdak sesuai untuk mereka.

      tapi, kalau aktif macam mana sekalipun, kalau dah berkepit dengan ajnabi kehulu kehilir, lebih baik kahwin terus.

      apa-apa pun, kecara amnya, saya sendiri lebih prefer kahwin awal. betul dah kata saudari, seharian hidup kita dikelilingi maksiat, sama ada kita sedar atau tak.

      jika diberi kesempatan, cukup persediaan, saya sendiri tak nak melengahkan perkahwinan, walaupun masih belum ada calon. heheh

      terima kasih skali lagi atas pandangan dan perkongsian pengalaman saudari. tahniah kerana saudari telah berjaya melengkapkan separuh dari iman di usia yang muda. smoga jodoh saudari bersama suami kekal ke syurga. ameen..

      Delete
  6. CY pun rasa kawin awal tu lebih baik. huhu tapi diri sendiri, still dlm kemelut cinta. hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. kalau tak terlibat dalam kemelut cinta ni, kawin je terus.. hhehe

      Delete
  7. betul tu, kalau awal sgt kahwin tu nak buat ape pon susah.

    let say, nak cr pengalaman merantau, holiday dgn kengkawan

    nnt kawen da tak dapat rasa semua ni

    sbb fokus dekat suami dan anak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, buat perkara yg nk dibuat sblum kahwin dulu.. pastu baru kahwin.. eheh

      Delete
  8. na pun stuju dgn ustaz hasrizal =)

    ReplyDelete
  9. Senang macam nie lah selagi belum capai cita cita jangan kahwin lagi. Bukan apa, bila dah kahwin kita akan pegang too many responsible. Di bahu kita akan ada macam macam jenis tanggungjawab yang perlu dipikul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. tapi kalau smua dah capai, cepat2 la kawin.. hehe

      Delete
  10. klu dh kwin tggungjwb tu mmg bertmbh xsama mcm zaman solo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kna utamakan tanggung jawab...

      Delete
  11. aku dah takut dh nak tanye ko pape, dibuatnya ko post lg dalam blog ko, parah aku.. hahah, pape pun, semuanya terpulang pada individula. lau dah rasa diri bersedia, kahwin la awl... ada juga kes mcm aku ni hah, nak kahwin awal tapi rezeki tak dak lagi... kena slow-slow kumpul duit. tambah-tambah lagi aku ni perempuan. Bukan lelaki. kalau dah ada calonnya, prefer terus ke next stage. lebih selamat. perempaun yang dah kaahwin, akan ada yang sentiasa jaga dan lindungi. Tak ada yang kacau, selamat dunia akhirat. Tapi bagi golongan macam aku ni, kenalah slow-kumpul duit untuk kahwin... Bukan nak demand atau apa, tetapi, sekarang zaman sudah lain, belanja kahwin semua makin tinggi.. eg, makanan, semua la. so kena pelan-pelan kumpul duit. Bagi aku, x kisah la orang tu 'forever alone' k tak ke, dia kena slow-slow kumpul duit time belajar untuk kahwin sebab dia xkn selamanya akan 'alone'. buat persediaan. bila tiba masanya, senang, simpanan utk kahwin dah ada, just proceed je la.. hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun mcm tu jugak... walaupun x de calon, tapi persiapan untuk kahwin tu dalam perancangan.. when the time come, just proceed je. x perlu lagi nk tunggu untuk kumpul duit plak.. hehehe..

      Delete
  12. pk nak kawen time belajar ni sebenarnya sebab gatai je.. tanggungjawab tak berapa nak pk. sebenarnya saya pun tak sokong sangat kahwin time belajar ni walaupun sy teringin nak macam tu. sebab takut diri tak bersedia habis lagi. pk nak seronok aje. lagipun sy ni jenis aktif. takleh nak duduk diam langsung. so tunggu dah berkemampuan yang betul2 dulu baru kahwin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? hahaha... kalau dah kahwin time belajar, rasanya tu bukan sebab gatal... tapi mgkin sbb dah bersedia terima tanggung jawab. mana la tau.. sbb setahu pha is, yg gatal ni yg jenis berkepit kehulu kehilir tanpa rasa malu.. hehehehe

      Delete
  13. kantoi..kesian dia.. ehehe.
    mungkin betul juga. listkan semua perkara nak buat, buat sebelum kahwin.. nanti dah kawin mcm terbatas sikit. terbatas dr segi kewangan ke, keluarga 2-2 belah pihak, masa, dsb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tak pe, beliau tak kisah.. hehehe
      tu la. mana yg nk dibuat yg rasanya terbatas untuk dilakukan selepas kahwin, buat siap2.. lagi best kalau dalam list tu, ada juga perkara yg boleh dibuat lepas kahwin. i.e aktivity bersama isteri/suami.. kan sweet.. hehehe

      Delete
  14. betul jugak tu..klu kahwin awal memang susah nak bergerak dah..lebih2 lagi kaum hawa..klu dah ad anak lg susah nak gi mana2..tapi klu dah gatal sgt baiklah kahwin awal-utk mengelakkan maksiat..peace(V)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu untuk kes yg dok berkepit kehulu-kehilir... kalau mcm tu, baik kawen je, senang...

      kes kat atas ni untuk yg jenis aktif berpersatuan, sampai x de masa untuk nk bercouple semua tu.. heheh

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi