Rukun Solat | 13, 14, atau 15 Perkara?




Kalau ada orang Tanya aku, “rukun solat ada berapa perkara?” aku susah sikit nak jawab. Sebabnya, jawapan aku ada 3 versi.

Dahulu, masa aku berumur 5 tahun, aku mula belajar mengaji Al-Quran dengan Allahyarhamah Long Teh, seorang guru mengaji di kampung aku.  Sambil mengajar mengaji, beliau juga mengajar asa-asas fardhu ain. Antara yang aku belajar dari beliau, rukun solat ada 14 perkara*.

1. niat
2. takbiratul ihram
3. berdiri bagi yang mampu
4. membaca surah Al-Fatihah
5. ruku’
6. i’tidal
7. sujud
8. duduk antara dua sujud
9. thoma’ninah
10. tasyahud akhir
11. selawat keatas nabi
12. duduk bagi keduanya (tasyahud akhir dan selawat)
13. memberi salam pertama
14. tertib

Masa sekolah rendah, dalam mata pelajaran pendidikan islam pula, sepertimana yang kita semua belajar, rukun solat ada 13 perkara* iaitu:

1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Berdiri tegak bagi yang mampu.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Rukuk dengan thoma`ninah.
6. I`tidal dengan thoma`ninah
7. Sujud dua kali dengan thoma`ninah
8. Duduk antara dua sujud dengan thoma`ninah
9. Duduk tasyahud akhir dengan thoma`ninah
10. Membaca tasyahud akhir
11. Membaca selawat ke atas nabi
12. Membaca salam yang pertama
13. Tertib

Yang terkini, dalam beberapa tahun lepas, dalam satu majlis ilmu yang aku hadiri, seorang ustaz ada sampaikan yang rukun solat ada 15 perkara* iaitu :

1. niat
2. takbiratul ihram
3. muqarranah niat
4. berdiri bagi yang mampu
5. membaca surah Al-Fatihah
6. ruku’
7. i’tidal
8. sujud
9. duduk antara dua sujud
10. thoma’ninah
11. tasyahud akhir
12. selawat keatas nabi
13. duduk bagi keduanya (tasyahud akhir dan selawat)
14. memberi salam pertama
15. tertib

kalau korang, nak pilih yang mana?

*penulis seorang manusia biasa yang mudah lupa. Jika terdapat kesilapan, ianya datang dari kekhilafan diri penulis sendiri. Untuk maklumat lanjut, silalah bertanya dengan ustaz atau guru-guru ugama yang lebih mursyid.

wallahu a'la wa a'lam...


Maa’ssalamah,
Pha is




Comments

  1. belajar dlu rukun solat 13 perkara ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu yg paling popular.. 13 tu pon dah cukup sebenarnya...

      Delete
  2. betul tu kita nak lebih pasti kene belaja tanya ustaz :) saya pun belaja 13 jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol3.. untuk lebih kepastian. tanyalah yg lebih berilmu atau yg ahli dalam bidang fiqh.

      Delete
  3. Semua di atas lah....huhu~

    ye la, aku pon tak tau yang mana..
    tapi aku harap semua ibadat aku selama ni diterima yang maha esa...! amin!

    ReplyDelete
  4. Sya pilih 13 ja! Tapi sya x marah akak pon sbb mmang rukun solat ni jadi kontroversi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x la kontroversi sangat.. kalau di-simple-kan, 13 tu pon dah cukup. yg selebihnya tu cma ada pecahan dari sebahagian rukun yg dijadikan satu rukun yang baru. contoh, muqarranah niat tu datangnya dari rukun "niat". dipecahkan supaya lebih terperinci.

      Delete
  5. aikk ehm kita ikut ja aslkan ikhlas :) tak jauh beza pun kan , ilmu ditambah . tak rugi

    ReplyDelete
  6. KY pulak masa belajar kat sekolah sama ngan fardu-ain 13

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. kalau ikut skema jawapan pendidikan islam, mcm tu la.. hehehehe

      Delete
  8. biase ikut yg cekgu sekolah agama dulu ajar =)

    ReplyDelete
  9. Elok jugak tu boleh tambah ilmu, tgk cam hampir sama jer cuma dipecah2kan mjadi lebih spesifik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kak... cuma dipecahkan kan spaya lebih terperinci.. bukannya benda baru..

      Delete
  10. Aku rasa 13 perkara yg masa sekolah rendah tu yg betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. smua betul. yang 14 dan 15 tu mungkin dari kitab ulama' dulu2...

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. apa itu muqarranah niat?.. tlng jelaskan.. manalah tahu kot ada pendapat daripada ulama2 yang meyatakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg aku dengar dalam kuliah tu, muqarranah niat ni ialah menghadirkan niat dalam hati semasa angkat takbiratul ihram. maknanya, sambil tangan angkat takbir, sambil, mulut melafazkan "Allahu akbar", dalam masa yang sama, kena ada lintasan hati (niat) untuk solat tersebut. (contoh : sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat kerana Allah taa'la)

      lebih kepada "timing" bila perlu ada lintasan niat dalam hati. lebih kurang mcm tu la.

      wallahu a'la wa a'lam...

      Delete
  13. Semua di atas adalah betul...anda telah memberi jawapan nya kenapa 13, 14 dan 15...kalau kita mengaji kitab-kitab lama..tamabahn itu adalah untuk memperkukuhkan amalan ibadat itu sendiri. Seperti muqorommah tadi bagi mazhab syafie tidak sah jika tak di sekalikan niat ketika bertakbir rotul ikhram...itu sebab kita ada lihat orang2 yang akan takbir berkali-kali sebab tak masuk kut hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sbb dah masuk masalah was-wasa.. :)

      Delete

Post a Comment