Skip to main content

Nasyid | Kenapa Mesti Berpecah?


Dalam perbualan antara aku dan kawan-kawan lepas balik dari pekena nasi briyani kapitan baru-baru ni, tiba-tiba perbualan kami menyentuh isu era kejatuhan kumpulan nasyid di Malaysia.

Sayang kan? apabila kumpulan nasyid ni perpecah. Dah macam trend la pulak. Susah nak cari kumpulan nasyid yang bertahan lama.

Raihan yang dahulunya top pun boleh berpecah. Seingat aku, album kumpulan ni masuk the Malaysian book of record sebagai “Fastest Selling Album” (Jan 1997). Dato’ Siti Nurhaliza pon kalah tau! Kumpulan ni legend kot. Tapi last-last senyap macam tu je, terutamanya bila nazrey johari keluar.

kumpulan Brothers pun, dahsyat juga. Tapi kemudian, sorang-sorang keluar buat solo. Mulanya yasin, lepas tu akbar.

In-Team pula, Hisyam Ahmad keluar dan tubuhkan kumpulan Dehearty. (Dehearty pon tak dengar cerita dah sekrang ni) Suhaimi keluar buat solo.

Kumpulan UNIC yang paling aku sedih. Sebab aku minat gila kot masa sekolah menengah dulu. hafiz hamidun keluar buat solo. Lepas tu, sorang-sorang tarik diri. Fitri haris pun keluar buat solo. Baru je buat persembahan masa hari konvokesyen USM baru-baru ni.


Last-last, UNIC tinggal bertiga bila Fakhrul Radhi (bekas juara akademi al-quran) masuk. tapi, gabungan yang baru ni pon mantap juga. Terutama bila lagu-lagu diorang yang lama diberi nafas baru dalam bentuk acapella.  


Tapi, tambah menyedihkan, kumpulan nasyid yang sedang aku join sekarang ni pon dah nak berpecah jadi dua kumpulan.

Hmm.....


maa'ssalamah, 
Pha is   
   

Comments

  1. suka time ada bazli, hafiz hamidun, wan, dengan fitri :) terrbaik.. la ni pun best jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk buat mcm mana.. yg ni je yg tinggal. tapi fakhrul radzi pon mantap jugak.. heheh

      Delete
    2. Assalammualaikum Sdr Pha IS,Praktis Kelantan & Penang?.Skrang di Jkarta Adil adha besuk.Semoga berjaya semua bidang Insyaallah.Sep 2013 Konvo ya.....
      http://www.youtube.com/watch?v=reKhcN-iGtU&list=PL1825F27F063ED0E3&index=2&feature=plcp

      Delete
  2. berpecah la faktor utama nasyid smkin dlupakan..nak dgr nasyid kna godek2 cri lgu lma blik.. ==''

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. payah nk cari lagu nasyid baru.. kalau ader pon, yg underground, yg "indie"...

      Delete
  3. minat jugak kumpulan nasyid UNIC,In-Team,Dehearty....tapi yg tak best masing2 dah berpecah,hilang,tak ada lagu baru...mau tak mau kena dgaq lagu nasyid yg lama kalau rindu dekat nasyid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. btol.. payah nk cari lagu yg baru keluar..

      Delete
  4. macam mana bleh berpercah? ada salah faham ye..
    dekat sekolah saya dulu pun selalu bertukar2 penyanyi nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la salah paham sikit... biasa la tuh.. tapi sedoih sbb sama terpaksa berpecah...

      Delete
  5. btol tu....serius rndu zmn kgemilangan nasyid dlu...smpi skang xjemu dgr lgu dorg..peberet sgt lgu in-team, unic, dehearty, mirwana, saujana....

    ReplyDelete
  6. korang punye nk bpecah dah ke? alahai ruginyer

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. cma ahli kumpulan nasyid kat Universiti je..

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal