Skip to main content

Musafir di perantauan.



Lagi dua minggu,aku akan berangkat dari Pulau Pinang ke Kelantan, bagi meneruskan perguruan aku dalam bidang farmasi. Kalau sebelum ini, aku bergurukan pensyarah, kali ini aku akan mula bergurukan doctor dan ahli farmasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Tanah Tok Janggut, tanah Tok Guru.!

Jika diikutkan tahap pencapaian akademik aku yg agak kurang cemerlang, aku boleh pilih untuk tidak ke sana. Namun, kata orang, jauh perjalanan, luas pandangan.

Sebelum in aku Cuma terperuk dalam daerah utara sahaja. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, sehinggalah ke university. Semuanya dalam daerah utara. Zon utara ni dah macam ‘zon selesa’ aku.

Kata orang, kalau asyik berada dalam zon selesa, tak kan kemana. Sebab tu lah kali ini, aku bertekad untuk pergi jugak ke kelantan. Aku nak keluar dari zon utara. Keluar dari zon selesa aku. Timba pengalaman dengan merantau ke tempat orang. (dalam Malaysia je pon. Cakap macam hebat sangat.)

Jadi, sebelum merantau, persediaan fizikal dan mental kena la ada. Petama sekali, kena praktikkan loghat Kelantan.

HUK ALOH...!!!!



Maa’ssalamah,
Pha is

Comments

  1. Good Luck bro.. Mesti byk dapat pengalaman di kelantan nanti.
    Dlm dua minggu ni, usha2 la apa yg patut..

    ReplyDelete
  2. Semoga mampu membawa diri di tempat orang :)

    ReplyDelete
  3. kelate....... :)
    nati ado maso pagi jumaat gi la dengar tok guru ngaja (majlis ilmu)di kota baru. (8.30-10.30 am).rugi sangat kalu tok gi sebab duk di kelate doh. :)
    hehehe pehe dok ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. kalau berkesempatan.. heheh

      Delete
  4. pehh kelatee bohhh.. semoga berjya menyelesakan diri dimana-mana pun :D

    ReplyDelete
  5. Cayalah pha is... pahni mesti toksir kelik penang doh. Ouk aloh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la kak.. penang tetap dihatiku.. hehehe

      Delete
  6. kelantan best! gd luck abg pha is..( moga2 dapat jodoh orang sana..boleh ajaq dia cakap penang..)..hehehehe

    bila balik penang,jgn lupa bwak balik keropok losong tau????

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. jangan.. mak tak bagi cari orang pantai timur.. kang tersangkut, payah plak...

      nnti bawak balik skali ngan budu.. hehehe

      Delete
    2. budu la.. baru layan.. heheh

      Delete
  7. mintak tok guru sain dekat baju,hope tjumpa jodoh d sana :D selamat bmusafir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tjumpa jodoh kat sana x pe.. jgn terjodoh dengan orang sana sudah la.. hehehe

      Delete
    2. awat ? jauh sangat ka ? hihi ok apa

      Delete
  8. klate best.. :)
    kalau tengok budak2 bercakap.. pergh! loghat habis. sampai tak paham satu habuk pun.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg masalah tuh... kami nk kena bagi kaunseling dekat pesakit.. kang kalau dia kecek klate pekat sangat, sbok skok ambo... hehehe

      Delete
  9. Bro,

    Alang-alang dah sampai sana, cuba ziarah Tok Guru silat yang hampir pupus di Malaysia - Silat 7 Hari atau Buah Pukul 7 hari atau Gocoh Dekar 7 Malam. Tempatnya di sini;

    Tok Guru Pak Do Umar Tukang Urut) di belakang Pusat Pengajian Pondok YIK, Kampung Telong, Kandis, Bachok, Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the info... kalau berkesempatan, boleh la... hehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi