makan2 klate 2 | Yati Ayam Percik


Kali ni, member bawak aku pekena ayam percik pulak. Nama kedai ni “Yati Ayam Percik”. Lokasinya di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan. (coordinate : 6° 7'41.58"N 102°15'23.77"E) kedainya okay. Siap ada pendingin hawa lagi.


Ayam percik dia boleh tahan. lembut. Cma personally bagi aku, agak manis dan kurang pedas. kalau pedas lagi sikit, mesti sedap. (biasa la, selera orang penang. sebab tu aku tak valid kalau nak 'judge' makanan Kelantan sebab akan bias.)

nasi putih + nasi kerabu + ayam percik + gulai kawah + sambal + keropok

Jadi, dari korang dengar cakap aku kata sedap or tak, baik korang datang rasa sendiri. Baru puas. Tapi yang pasti, gulai kawah dia memang sedap. Dagingnya lembut, pekatnya cukup. memang layan. selain tu, ada jugak kuih2, dan makanan sampingan yang lain.

maa'ssalamah,
 Pha is

Comments

  1. aduhai ayam....kirim salam tuan kedai ye...kot2 kita nk p sana pula.

    ReplyDelete
  2. sedaknyoo,lamo xmkn ns krabu yati.yup btl, perciknya mmg sedikit manis.

    ReplyDelete
  3. saya suka ayam percik kelantan je
    yang kuahnya kaler putih tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kuahnya nk putih2 sikit...

      Delete
  4. huhu...sedapnye...kt keyel pun ade kn..kt bndr tasik permaisuri, cheras

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ha ah... dah sampai kelantan dah...

      Delete

Post a Comment