Saturday, October 13, 2012

Joran, Gitar, dan DSLR

semalam, rancang nak pergi memancing. cadangan asalnya, nak ber-BBQ sekali sambil tunggu dapat ikan. tapi tak jadi sebab arang tak de. so, kami memancing sambil kedarah nasi kandar je la.

lokasinya, di bawah jambatan Pulau Pinang dari arah pulau. (5°21'34.69"N 100°18'59.40"E). kat situ tak ramai sangat orang memancing. tapi ada la juga 3-4 kumpulan.

sambil-sambil memancing, main gitar. boleh jugak menghilangkan rasa boring menunggu sementara nak dapat ikan. layan...


sambil-sambil tu juga, blajar main camera. bukan camera aku, tapi rumate punya. nak beli sebiji, rasanya passion aku dalam bidang fotografi ni masih suam-suam kuku. so, belajar dulu sikit-sikit. objektif aku malam tu, belajar cara nak buat spike. hasilnya, tadaaa...!!!


boleh la.. baru mula nak belajar. ye dok?


sapa cakap tak cantik, aku tumbuk..!!! hehee.. gurau je..

eh, lari tajuk pulak. okay, berbalik kepada aktiviti memancing tadi, Alhamdulillah, dapat jugak rezeki seekor ikan. (sekor je..??) jadi la kan, dari tak dapat apa-apa. lagipon, memnag tak expect nak dapat pon. just seronok-seronok nak berjimba je..

 

seekor pon, boleh tahan juga la saiz dia. ikan duri putih. berat anggaran lebih kurang setengah kg.


akhirnya, ikan duri tu pun dah selamat digulaikan pagi tadi, bersama-sama telurnya. kini, beliau sudahpun bersemadi dengan aman dalam perut kami. maka, tamatlah sudah riwayat ikan duri ni. sekian ~ ~


maa'ssalamah,

Pha is


22 comments:

  1. kalau belum ada kamera pun dah cantik gambarnya.. kalau ada kamera nanti, mesti lagi cantik :)

    memancing best.. tapi tak minat sebab kena pegang cacing..geli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami x pakai cacing pon.. mlm tu pakai sotong.. heheh

      Delete
  2. nampak sedap korang masak.nyum3..

    :)

    ReplyDelete
  3. pehhhh siap bearing tu paling tak boleh belah,ahahha

    nmpak sedap je weh,,fuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru setail.. hehehe
      mmg sedap pon..

      Delete
  4. Replies
    1. sama la.. cma masih ada bnda lain yg lebih priority.. hehehe

      Delete
  5. bolehh tahan bakat . kalau diasah asah boleh la tu :)
    weww dekat jmbatan tuuuuu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. ikan duri. nk terang banyak pon x pandai sangat. yg saya tau, tu ikan duri.. selalu kat umah mak buat gulai.. hehehe

      Delete
  7. wow salute la lelaki mahir masak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laki kena la jugak blajar masak... tak kan nk harapkan bini je... lgpon, kalau pndai masak, baru romantik. btol x..? hehehe

      Delete
  8. boleh geng dengan chef hubby ai.. ;)
    kaki mancing.. kaki masak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa... untuk la kak.. boleh dapat ikan fresh, masak siap... hehehe

      Delete
  9. Replies
    1. tapi x dpt la nk lawan gambar yg 'dia' ambik... btol x..? hehehe

      Delete
    2. tetttt ! hehe masing - masing ada kelebihan masing2 :)

      Delete