waktu pengambilan ubat yang betul

perasan tak, kalau pi klinik atau hospital, masa nak ambil ubat di kaunter, ahli farmasi tu akan terangkan pasal ubat tu (dos, bila perlu ambil, cara penyimpanan, dan sebagainya). diorang kena buat macam tu setiap kali ada orang datang ambil ubat. kesian kan? 

setiap kali nak bagi ubat, ahli farmasi kena terangkan jugak semua tu sebab ianya dah jadi peraturan. semuanya supaya ubat tu diambil dengan cara yang betol oleh pesakit. 

lecturer aku (ahli farmasi) pernah cerita, ada seorang pesakit datang balik kat beliau, mengadu yang ubat yang diambil tak ada kesan. kat bawah ni antara perbualan mereka. lebih kurang la.

ahli farmasi : mak cik betul-betul ke makan ubat ni?

pesakit : betul la. mak cik makan macam mana yang encik suruh hari tu. makan sebiji, 3 kali sehari.

ahli farmasi : pukul berapa mak cik makan ubat tu?

pesakit : mak cik makan pukul 8 pagi, 10 pagi, dan 12 tengah hari. 

ahli farmasi : mak cik, ubat tu kena ambil jarang-jarang. tak boleh ambil waktu pagi sahaja. kalau 3 kali sehari, kena ambil waktu pagi, petang dan malam. 











































sumber gambar : Jom Kenal Ubat (http://www.facebook.com/Jomkenalubat)

untuk keterangan lanjut, tanyalah ahli farmasi anda.

p/s : aku masih student farmasi. belum berkelayakan. hehe




Maa'ssalamah,
Pha is

Comments

  1. haha.. tak tau lak wujud info camni pha is. bagus. sy copypaste letak dalam file. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sila2... mana tahu berguna utk masa depan.. hehehe

      Delete
  2. salah cara tulis prescribe ubat pun kena marah dgn lecturer :'( huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang patut la.. kesian kat kami para farmasi nk baca.. kalau silap tulis, kalau kami silap bagi ubat, tak ke naya pesakit..? hhehehehehe

      Delete
  3. mestilahkan, kena ikut waktu, sbb tu lah, tak baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... makcik tu kira, janji 3 kali sehari, tapi tak kira time...

      Delete
  4. patutlah kawan saya tak sihat2.. makan ikut suka dia je.. ish3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha... tu la.. kesihatan kena jaga, ubat kna ambil ikut 5R

      Right medicine
      Right route of administration
      Right time
      Right Dose
      Right patient

      (kalau tak silap la... dulu blaja. tapi dh igt2 lupa... hehehe)

      Delete
  5. haha makcik tu mkn pg sja la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... mkcik tu silap paham... hehehe

      Delete
  6. wahh.. good info.. kdg2 org main makan je ubat tak kira waktu.. yang penting sukup 3 kali makan.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tu la... cma salah paham... hehehe

      Delete
  7. kebanyakan ahli farmasi tak dek pun nak cite details waktu ambil ubat. kami yang pesakit ni pun makan je la ikut sedap time nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini cuma cadangan waktu pemakanan... kalau diikutkan, spatutnya bergantung kepada keselesaaan pesakit. contohnya, untuk 2 kali sehari, boleh je kalau nak makan pukul 10 pagi dan pukul 10 malam... bergantung kepada kesesuaian masa pesakit... hehehe

      mgkin sbb tu ahli farmasi tak terangkan secara detail mcm ni. tapi, kalau masa ahli farmasi terangkan, kita tak faham. kita berhak tanya ahli farmasi tu untuk kepastian.

      kalau ikutkan procedure yang sebetulnya, sepatutnya memang ahli farmasi tu kena minta supaya pesakit ulang balik apa yg diberitahu oleh ahli farmasi tu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

      tapi, tu la.. masalah kekangan masa... hehehe

      Delete
  8. salam. nk tanya, kalau ubat yg pelu ambil 5 kali sehari? selang berapa jam perlu ambil? cth, hari pertama saya makan ubat tu jam 12 tengahari.. jd, pukul berapa seterusnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. jarang betol saya dengar ubat yg ambil 5 kali sehari..

      waktu pengambilan ubat ni secara selalunya boleh dibahagi kepada 2
      1. sehari berapa kali ambil
      atau
      2. setiap berapa jam

      untuk kes no.1, contohnya, kalau 5 kali sehari, boleh ambil pagi masa sarapan(cth 8.00pg), tgh hari masa lunch(cth 12.00tgh hari)), petang masa minum petang(cth 5.00ptg), malam masa diner(cth 8.00mlm), dan sebelum tido atau masa makan lewat malam (supper).

      ** kalau ubat "sebelum makan", pastikan sekurang-kurangnya ambil sejam sebelum makan.


      tapi untuk kes no.2, kalau arahan ahli farmasi kata ubat perlu diambil setiap 5 jam contohnya, kena betul2 ikut setiap 5 jam tu.

      harap dapat membantu.. kalau rasa masih tak faham, sila rujuk di kedai farmasi berhampiran anda..

      Delete
  9. Ubat berlainan jniz blh ke mkn sekaligus pd waktu yg sma

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada situasi

      situasi 1 :
      -semua ubat tu dapat dari farmasi hospital/klinik kesihatan dan diberikan pada waktu yang sama, dan ahli farmasi x cakap apa-apa maklumat tambahan (kena ambil asing, dsb)
      -untuk kes ni, boleh ambik sekali kerana ahli farmasi dah screen ubat-ubat tu dan didapati boleh dimakan sekali, melainkan kalau farmasi tu dah cakap siap2.

      situasi 2 :
      -ubat-ubat tu dapat dari sumber yang berlainan. contoh dari 1 dari klinik swasta, 1 dari kedai farmasi, 1 ubat dari hospital.
      -dalam kes ni, kena rujuk dengan ahli farmasi sebab orang yang dispense (beri) ubat tu mungkin tak tahu kalau ada ubat-ubat lain yang anda ambil. takut2 nanti ada interaksi antara ubat.
      -sekiranya interaksi tu serius, jangankan kata ambil pada waktu yang sama, malah ambil pada waktu berbeza pada hari yang sama pun tak boleh. so, kna rujuk dengan hali farmasi.

      Delete
  10. nk tnye, kalau selalu kita makn ubat kol 9 mlm then suatu hari trtido awl so trlepas la wktu mkn ubat ..trsedar kol 3 pg tringt yg ubt tk mkn , so mkn kol 3 pg..bgaimana pula dgn keesokan hari?kena mkn kol 9 ke kol 3 pg?
    trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saya tahu ubat apa/nama ubat? Sbb ada sesetengah ubat ada specific cara pengambilan kalau terlupa.

      Tapi secara amnya, klau ubat tu selalu ambil pkul 9mlm, tetiba je ambil pkul 3pg, dos yg berikutnya ikut kebiasaan, pkul 9mlm balik. Kes atas ni Saya andaikan kes ubat jenis sehari sekali makan, berdasarkan apa yg hazlini cerita.

      Secara asasnya, melainkan ada arahan specific dari doktor atau ahli farmasi, ubat kna ambil sejurus selepas teringat bila kita lupa nk makn. TAPI, kalau bila baru teringat tu dah dekat sangat waktu dia dengan waktu pengambilan dos yg berikutnya, boleh abaikan (skip) dose yg terlupa tu dan tunggu untuk ambil dose yg berikutnya..

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment