Masbuk Solat Jumaat

tadi, entah macam-mana, aku terlambat ke masjid untuk solat jumaat. sampai-sampai je, imam dah sujud. nak masuk dalam masjid, dah penuh. so, aku solat kat atas jalan tempat orang lalu-lalang bersama makmum lain yang lambat macam aku, tanpa sejadah. ingatkan, baru rakaat pertama aku tertinggal. rupa-rupanya dah tahiyat akhir.!

nak buat macam mana. masuk saf je la. tapi niat solat zohor. sebab aku pernah belajar dulu, kalau imam dah bangun dari ruku' untuk rakaat kedua dalam solat jumaat, kalau masbuk (tertinggal 2 rakaat dengan imam), kena ganti dengan 4 rakaat macam solat zohor biasa.

yang hairannya, bila aku nk gantikan rakaat yang ketiga, makmum lain yang solat sebelah aku semuanya dah bagi salam dan dah blah dari situ. aku sorang je buat 4 rakaat. yang lain hentam dua rakaat je. akhirnya, solatlah aku sorang-sorang tengah jalan dikelilingi orang yang baru keluar dari masjid.

nampaknya, masih ramai yang tak tahu nih. so, muslimin sekelian, lain kali, kalau masbuk dan masuk saf untuk solat jumaat masa tahiyat akhir, kena ganti 4 rakaat tau.! bukan 2.

wallahu a'la wa a'lam


p/s : peringatan untuk diri sendiri. lain kali jangan pi lambat lagi....

maa'ssalamah,

Pha is

Comments

  1. Replies
    1. kalau diikutkan, mmg dah tak sempat dah pon sbb dah kena buat solat zohor... hu~~

      Delete
  2. hehe mggu depan p pukui 12 tepat ok :)
    mmg selalu nya ramai yg tak faham betul - betul pasal masbuk ni.. kadang - kadang kita yang paham pun boleh keliru

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tepat pukul 12, masa kat asrama skolah dulu boleh la... semangat..!!! skrg ni, kelas pon habis pukul 12 lebih.. nk mkn apa lagi, nk rilex2 sat.. hehehe

      Delete
  3. oh.haa..tu la lain kali dtg awl .dpt saf dpn lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. okay2.. insyaAllah.. akn cuba datang awal lain kali.. hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. bagus lah.. ada jugak input terbaru.. hehehe

      Delete
  5. haaa...ini pergi mana ni, sampai lambat..lain kali buatlah lagi, baik apaaa...eeemmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr... eeerrr.... okay lah..x nk buat dah.. hehehe

      Delete
  6. Aku xberapa khusyuk bila orang lalu lalang time aku semayang. Tak berani aku lewat untuk jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg agak x khusyuk jugak la time tu.

      Delete
  7. mungkin perlukan lagi lbih penjelasan yg lebih detail bru rmai yg paham :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau detail sgt pon, takut lagi pening... hehehe..

      Delete

Post a Comment