Hadith | Doa Pengantin Untuk Dirinya




Bagi pasangan yang baru berkahwin, adalah sunnah suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"
(Riwayat Abu Daud) 

Adalah juga disunnahkan juga suami berbuat demikian sebelum meniduri isteri.. semoga amalan yang dikerjakan dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.

Kitab Hadis : Sunan Abi Daud
Bab : Nikah (Fi Jami' an-Nikah)
Nombor Hadis : 1849/2160

Perawi Hadis :
1) Usman bin Abi Syaibah
2) Abdullah bin Sa'id
3) Abu Khalid [Sulaiman bin Hayyan]
4) Ibn. 'Ajlan [Muhammad bin 'Ajlan]
5) 'Amru bin Syu'aib
6) Syu'aib bin Muhammad bin 'Abdullah
7) 'Abdullah bin 'Amru bin Al-'Ash bin Wail - terus kepada Nabi s.a.w

Jenis Hadis : Marfuk
Kedudukan Hadis : Shoheh. Boleh beramal dengannya kerana para perawi kebanyakkan bertaraf kedudukan pertama dan kedua dalam senarai Jarh wa Ta'dil dan mereka diterima baik oleh para ulama' muhaddithin.. Insya-Allah..[1]

Juga doa ini boleh digunakan apabila membeli unta (haiwan untuk kenderaan). Hendaklah memegang bonggolnya dan membaca doa seperti di atas.[2]

wallahu a'la wa a'lam...

Sumber

Comments

  1. Replies
    1. orang yang dah nak kawen, memang la akan rasa bende ni menarik.. hehehehe

      Delete
  2. selamat hari raye..
    PENGUMUMAN!!!!

    BERMULA PUKUL12 TGHARI HINGGA PUKUL 5 PETANG INI SAHAJA..

    HARGA SEBOTOL PERFUME HANYA RM45 SAHAJA!!!FREE POSTAGE!!

    DENGAN SYARAT LIKE THE PAGE JEW TANDA SOKONGAN ANDA..
    CEPAT MASA TINGGAL 1JAM SAHAJA.. >__<

    KUNJUNGI https://www.facebook.com/onesperfumes

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat pulak buat iklan kat sini yer.. hehehe

      Delete
  3. cun! abg pha is,bila nak kahwin??????? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat lagi... x pe, hapal je doa ni awal2.. nnti senang... hehehe

      Delete
  4. TQ, ilmu yg sgt bermanfaat.. kpd para2 suami & bakal suami, nanti tolong amalkan doa ni ye :) syurga isteri kan kat suami,

    ReplyDelete
  5. ilmu yang baik untuk dikongsi bersama.. ;)

    ReplyDelete
  6. save page ni. untuk kegunaan masa depan.muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa ni utk suami.. tunjuk la kat akmal siap2.. hehehe

      Delete

Post a Comment