Skip to main content

cornflake madu (PG13)


 PG13
Untuk bacaan umum. Sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun


Jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Sedang kami sekeluarga sedang asyik menonton cerita Mara Clara, tiba-tiba datang adik aku dengan sepinggan cornflake madu, juadah yang kami sekeluarga sama-sama sediakan untuk tetamu datang beraya. Setelah diambilnya sebiji, diletakkan selebihnya di tengah-tengah antara kami.

“aik? Ada lagi? ingatkan dah habis dah.” soal aku.

“Ada sikit je lagi. tahun ni tak ramai yang mai rumah. Lambat la habis.” Jawab adik aku.

Cornflake madu itu tak lama bersendirian. Seketika kemudian, seorang demi seorang mula menghulurkan tangan menyambar. Laju betul. Macam lalat kerumun tahi.

Aku pun tak terkecuali. Masakan dapat kutahan godaan cornflake madu. Setelah kusambar sebiji, perlahan-lahan kulucutkan kertas acuan ungu agar tak terkoyak. Bagai menarik rambut dalam tepung. Kertas tak koyak, cornflake madu tak relai.

Setelah cornflake madu berjaya aku bogelkan, kuambil baunya dahulu buat pembuka selera. harum dan menggairahkan. Lantas, perlahan-lahan kudekatkan ia di bibirku dengan penuh berahi. Semakin lama, semakin hampir. tak tertahan rasanya gelora nafsu makanku.

Namun, belum sempat kumasukkan cornflake madu itu kedalam mulut melepasi bibirku yang mungil, tiba-tiba emak bersuara.

“Pait..!!!  Tadi hang kata hari ni hang nak puasa 6!”

“Alamak..! terlupa.!” 



Pha is

Comments

  1. hahaha.. dah agak dah.. ending dia.. ;)

    psstt: akak pun nak kena buat lagi.. anak2 tak puas makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami plak nk kena buat ketupat lagi.. ketupat hari tu buat sikit je, tak tau plak yg nak balik beraya ramai. tau2 ketupat habis time buka puasa yg last tu je.. heheheh

      Delete
  2. Replies
    1. tu la.. dah kurg dah pahala puasa.. hehehehe

      Delete
  3. ish2..memang pg13...hahaha...kuatkan lah imanmu wahai abg pha is...hahaha

    ReplyDelete
  4. haha Cornflake madu punya pasai sampai tlupa isk isk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. godaan kuat sangat... hehehe

      Delete
  5. hahaaaaa...puasa pun boleh lupa....hihihi

    KY pun suka cornflake madu, kat rumah mesti ada, mailah sini kalau nak makannnn...huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah pha is tiap2 tahun buat.. senang dan sedap.. heheh

      Delete
  6. fuh,raya ni x jumpa lagi corn flakes madu..teringin pulak bila baca..
    by the way, tahniah dh start puasa 6.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... syamilsynz dah start dah?

      Delete
  7. hahahaha.... naseb tak sempat masuk mulut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. nasib baik... kalau dah tertelan pon apa salahnya, rezeki.. hehehe

      Delete
  8. haiah! kenapa ade orang tegur.. hahahaha
    seb bek sempat tahan. kalau tak, dah batal puasa dah..
    tapi jalan cerita tak menahan.. berahi betul.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu la dah buh amaran PG13 siap2... hehehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi