Sunday, June 17, 2012

Peristiwa Besar Bulan Sya'ban



1. pertukaran arah qiblat

Masa : sya’ban tahun ke-2 hijrah

Rasulullah SAW sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Sya’ban.

Ibnu Sa‘ad di dalam kitab al-Tabaqat meriwayatkan bahawa Rasulullah sedang melawat Ummu Bisyr bin al-Barra’ bin Mabrur di kawasan Bani Salamah. Beliau menyediakan jamuan untuk Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Apabila tiba waktu solat Zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Sedang Baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.

Baginda terus berpaling menghadap ke arah Kaabah ke sudut bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh itu masjid berkenaan dinamakan Masjid Qiblatain.

2. Peperangan

a. Perang Zat Al-Riqa'
Masa : bulan sya’ban tahun ke-4 hijrah
Tempat  : Zat al-Riqa’

b. Perang badar yang terakhir
Masa : bulan sya’ban tahun ke-4 hijrah
Catatan : Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.

c. Perang Banu Al-Mustalaq Daripada Khuza'ah
Masa : bulan sya’ban tahun ke-5 hijrah
Tempat : al-Mari’

3. Nifsu Sya’ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

4. kelahiran seorang hamba Allah

Masa : 28 Sya’ban 1410 Hijriah, bersamaan 26 Mac 1990 Masihi.

Pada jam 9.20 pagi di hospital sungai petani kedah, lahirnya seorang budak lelaki yang diberi nama Muhamad Faiz Bin Zakaria Bin Din Bin Saad Bin Hasyim. Beliau merupakan seorang penulis blog yang diberi nama Hikayat Budak Pening. Hehehehe...



Sumber :

11 comments:

  1. wahh.. perkare 4 tu mmg peristiwa besar tu ;) haha.. tq share.

    ReplyDelete
  2. banyak juga peristiwa2 yang berlaku di bulan sya'ban ni..
    terima kasih berkongsi..dapat juga saya ilmu secara tak langsung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... smoga kta smua sama2 mndapat manfaat...

      Delete
  3. Selamat hari lahir, bro.. semalam 28 Syaaban ye?
    Semoga bahagia dunia & akhirat, 'k bye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori sori.. semalam 28 REJAB, bukan Syaaban..

      Aku kawan dengan hang, aku pun dah pening kepala.. hahaha :D

      Delete
    2. hehehehehe.. x pe.. sama2 pening... hahaha

      Delete
  4. Cehh , saya ingat kelahiran masa zaman nabi . Abg Pha Is nak juga la tu . HIHI (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelahiran orang penting tuu.. hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...