Saturday, June 2, 2012

berhibur sambil berselawat

semenjak dua menjak ni , terngiang-ngian lagu ni dalam kepala hotak aku. lagu yang bertajuk "binnabil huda". lagi layan kalau dengar versi acapella punya. pergh.. syahdu je.... 

memang mantap kumpulan UNIC ni. 3 orang je pon, tapi dah sedap giler. kalau nyanyi lagu ni, at least sambil menyanyi, boleh jugak berselawat. dapat gak pahala. hehehe...


"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzaab 33:56)

Daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a, Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (S.W.T) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim ]




Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad





p/s : semalam aku bermimpi, aku bersilat dengan bro ben ashaari. huh, apa kes?

Pha is

18 comments:

  1. ni salah satu lagu dlm playlist mai guna waktu study :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ha ah.. Muhamad Faiz Bin Zakaria Bin Din Bin Saad Bin Hashim. hehehe

      Delete
  3. cantik nama penuh awak...
    blom lg dgr lagu ni...cam menarik..mesti mo terjah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk? cantik ke..? hehehe

      Delete
    2. cantik means...sedap di dgr la..haha
      mimpi bersilat ngan papa ben? mmg nk kena sekeh ngn papa ben nih...tgk bdn dia berketul2...brani ke nk silat ngn dia..haha..indah mimpi tu

      Delete
    3. owh...*blushing kejap* heheehe
      ha ah... eh, tapi kami menang tau..! hahahaha

      Delete
  4. sedap lagu nie..
    maksud lirik dia pun boleh tahan.
    muahaha ;))

    ReplyDelete
  5. saya memang suka lagu2 UNIC..
    lgu yang menjadi kesukaan saya sekarang lagu doa rabitah.
    dulu kemain susah nak menghafal.. ni bila dah buat lagu senang je nak hafal siap dengan maknanya sekali.. :)
    sayang unic.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. bagus la...

    ReplyDelete
  7. lagu2 UNIC memang best . lagi lagi lafaz yang tersimpan tu . suka .
    saya ada 1 folder lagu UNIC saja . hoho .

    bersilat dengan abg ben ashaari pon bole...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh... mmg kipas susah mati la nih.. heheh

      Delete
  8. terrrbaikk.. :) dalam hp suma ada lagu unic ja. hehe :)

    ReplyDelete