Skip to main content

Teori Kewujudan Hang Tuah (bahagian 2)

(untuk cerita penuh, boleh baca 'Teori Kewujudan Hang Tuah' Bahagian 1)

“hah, tadi kata nak sambung cerita.!” Sergah Awang, setelah habis nasi goreng pattaya dimakannya. Selepas itu, diteguknya pula air suam, sekadar membasahkan anak tekak.

“ok. aku sambung.” Ucap ali, selepas pinggan yang sudah kosongnya ditolak ke tengah meja. Setelah dihirup air teh o suam, dia menyambung cerita. “yang ketiga, aku pernah terbaca yang Hang Tuah ni sebenarnya jahat.! Dia tamak dan gila kuasa. Sebab tu dia sanggup bunuh Hang Jebat, semata-mata kerana sultan suruh. “

“Dan yang aku penah baca lagi, kononnya Tun Teja pon sebenarnya dah kena ‘tebuk’[1] dengan Hang Tuah, sebelum diserahkan Hang Tuah kepada Sultan.” Sambung Ali lagi.

“kalau Tun Teja dah kena tebuk, tak kan Sultan tak tau?” soal pian pula. Lantas, masing-masing mengangguk setuju terhadap soalan pian tadi.

“entah la. aku pon dah ingat tak beberapa nak ingat cerita ni. kat mana entah aku baca.” Jawab Ali.

Kemudian, Ali menghirup lagi teh o suam beliau yang sudah mulai sejuk. Sekadar membasakan anak tekak, sebelum disambung lagi cerita beliau. Saat itu, masing-masing diam, menunggu cerita Ali selanjutnya.

“last sekali, teori yang keempat, dan antara teori yang popular sebab dah banyak kali aku dengar, yang Hang Tuah ni sebenarnya perempuan.!”

“ha.! Betul-betul. Yang ni aku pon pernah dengar.” Celah Pali.

“kenapa pulak orang kata Hang Tuah ni perempuan?” soal Atan pula.

“sebab yang pertama, masa Hang Tuah bawa lari Tun Teja, Hang Tuah langsung Tak terpikat kat dia walaupun Tun Teja Lawa gila kononnya. Dan sebab tu juga lah, bila Tun Teja dapat tahu yang Hang Tuah ni perempuan, dia merajuk. Sebab tu last-last dia mau dekat Sultan.”

“sebab yang kedua, masa Hang Tuah lawan dengan Hang Jebat, kononnya diorang lawan samapai tujuh hari tujuh malam. so, masa tu, baju semua dah koyak rabak kena tirisan keris. Masa tu, baru Hang Jebat tahu yang Hang Tuah ni perempuan.”

“Jadi?” sampuk Atan.

“jadi, Hang Jebat malu sebab rupanya selama ni dia berlawan dengan seorang perempuan. Sebab tu dia sanggup tukar keris Taming Sari dengan keris sultan yang ada kat tangan  Hang Tuah. Sebab tu la Hang Jebat kalah.”

“pulak dah.” Celah Awang.

“macam yang aku cakap tadi,” kata Ali, “ni semuanya teori.  Betul atau tak, aku tak tahu. Aku Cuma cerita apa yang aku pernah baca dah apa yang aku pernah dengar.”

“Lagipun, dalam sumber cerita Hang Tuah sekali pon, ada jugak yang berselisih. Contohnya, kita semua tahu Hang Jebat yang mengamuk. Cerita ni berdasarkan cerita ‘Hikayat Hang Tuah’. Tapi kalau ikut dari kitab ‘sejarah melayu’, yang mengamuk bukannya Hang Jebat, tetapi Hang Kasturi!”

“Pulak dah” celah Awang lagi.

“tu la. la ni Aku dah cerita habis semua teori Hang Tuah yang aku tau kat hangpa. Jadi, sekarang ni, aku nak Tanya balik, hangpa rasa, Hang Tuah ni wujud atau tak?”





Daftar kata :
[1] TEBUK =
1. lubang yg tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dll);
2. lekuk yg dalam (lubang lesung dll);
3. berlubang, tembus, tembuk; bertebuk (telah) ditebuk: biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung; menebuk membuat lubang pd, melubangi, menembusi, menggerek: ~ lubang butang; kelapa ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya; tebukan hasil drpd menebuk, lubang dll yg telah ditebuk: jalan potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta api melalui kawasan bukit; penebukan perihal (kerja, proses) menebuk; penebuk alat utk menebuk: ~ gabus.

(Kamus Dewan Edisi ke-4)


Pha is

Comments

  1. wooo banyaknya teori . nak percaya mana satu nih ?

    ReplyDelete
  2. haha.. masih kekal dgn versi tun sri lanang kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heran kenapa ada percanggahan... hehe..

      Delete
  3. xpayah susah2... pgi la muzium di melaka dapatkan info yg ori dari sejarawan... dan kunjungi makamnya dan tempat 2 bersejarah di melaka

    ReplyDelete
  4. xpayah susah2... pgi la muzium di melaka dapatkan info yg ori dari sejarawan... dan kunjungi makamnya dan tempat 2 bersejarah di melaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal