Skip to main content

Jakun di subway



Lepas pizza, subway pulak. Huh. Macam2. Kalau sebelum ni, aku lebih berminat untuk try kedai makanan yang biasa2, sekali sekala, apa salahnya tukar selera. Tapi kedai2 fast-food yang macam ni tak boleh selalu. Tak berbaloi.

Sebab apa? Sebab harga tak seiring dengan kekenyangan. Harap harga ja yang mahal. Kenyangnya tak pon.  Sama la pizza ka, McD ka, Subway ka... tapi, kalau KFC kenyang la jugak.. hehehe

Bila masuk dalam subway, aku jadi jakun gila. Biasa la, first time. Nak order pon pelik-pelik. Siap ada step-step lagi. renyah[1] sungguh. Aku follow je apa yang member aku order. Senang cerita.

Bila balik, still lapar. habis RM14 macam tu je. Mula2 sabar dulu. Tapi, lama-lama, dah tak tahan. Lantas, aku pon naik moto, pi restoran nasi kandar subaidah 24 jam (masa tu pukul 2 pagi), pekena nasi kandar (nasi lebih) dengan ayam tandoori.


Pergh.. ni’mat. Alhamdulillah kenyang. Hehehe...


Daftar kata

[1] renyah:
leceh, rumit, susah (kerana me­merlukan tenaga, benda, dll yg banyak): antara ketupat dgn lemang, maka lemang lebih menyelerakan tetapi amat ~ me­ngerjakannya; berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat be­renyah-renyah spt orang muda; 2. = me­renyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama)
(kamus dewan edisi keempat)


Pha is

Comments

  1. tu sebabnya dia nak nasik..bukan fast food..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. biasa la.. perut melayu.. hehehe

      Delete
  2. mcD kenyang gak. ce try mega mcD, bleh sengkak . hahaha. apapun nasik kandar terbaik, kalau mai mmg wajib lah kari kambing+ telur sotong :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mega mcD? ok. nnti try... hehehe

      Delete
  3. aku tak penah mkn subway,,nnt kalau dh mkn , aku bubuh blog bg ko tgk,ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. uh gambar besar gedabak banyak2.. hahaha

      Delete
  4. nasi kandar 2 pagi?perghhhhh dasyat.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la.. perut orang penang.. hehehe

      Delete
  5. lamanya haihh tak makan nasik kandaq T.T
    mai la hantaq kat klate nihh
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi mami.. nasi kandaq pinya pasai, laju ja cakap utagha.. hahaha

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal