Skip to main content

Istidraj


Kat bawah ni Satu perbualan antara aku dan adik aku, masa beliau dapat tawaran matrikulasi lepas keluar result SPM beliau. Sebagai seorang abang yang baik, maka aku pon bagi la sikit kata-kata dorongan kepada beliau.

Aku : Hang tok sah risau la. matrik senang je. Mesti hang boleh skor punya.
Anim : Tapi, kawan dok cakap, macam susah ja.
Aku : senang la. Tengaok abang ni, study sikit-sikit je pon, dah boleh skor. kacang je... hahahahaha
Anim : huh. Istidraj tu..!!!
Aku :
          MySpace

 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Apa yang aku ingat masa belajar pendidikan islam untuk PMR dulu, istidraj ni lebih kurang macam kelebihan dan ni’mat yang Allah bagi kepada manusia yang ingkar supaya dia bertambah sesat.

Sebagai contoh, katakan si polan ni, namanya Buprenorphine. Buprenorphine ni orang kaya, tapi selalu ingkar perintah Allah. Beliau tak solat, tak bayar zakat, dan selalu minum arak. Tapi, harta beliau sentiasa bertambah-tambah.

Dan disebabkan harta Buprenorphine yang sentiasa bertambah-tambah, beliau semakin bongkak dan semakin jauh dari Allah. Lebih kurang macam tu la.

kesimpulannya, setiap kali kita dapat ni’mat, kena la jaga-jaga. Jangan sampai ni’mat tu jadi istidraj, yang membuatkan kita semakin jauh dari Dia.   





Soalan bonus : siapakah Buprenorphine?

Pha is

Comments

  1. Buprenorphine ,, err , sape tu . x kenal ar .. Buprenorphine <-- ni pun aku copy jer .. nak eja x ingat ,, hehe ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. buprenorphene tu nama ubat..

      Delete
  2. oh maksud istidraj tu ea?haha lupa dh , mklumlah dah btahun dulu blajo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... kalau tak silap la... hehehe

      Delete
  3. wohaa terima kasih mengingatkan...

    ReplyDelete
  4. masa sekolah dlu slalu gune perkataan ni..asal budak tu dpt bnde baik je kata istidraj tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh... hard core sungguh... hahaha

      Delete
  5. Buprenorphine tu adalah orang yg istidraj..hehe

    p/s : ni amik istilah sains kasi campur2 kkot?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. yup... buprenorphine tu nama dadah.. adik beradik dengan morphine, yg org selalu salah guna tu.. hehehe

      Delete
  6. kira nya cam kufur nikmat lah ? erkk (kalau salah betulkan ya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. mcm tak jugak... istidraj ni lebih kepada kelebihan yg biasanya "luar biasa".

      contohnya untuk para nabi, dipanggil "mukjizat". contoh, tongkat nabi musa.

      untuk ahli sufi dan para wali dipanggil "karamah". contohnya para wali songo setiap mereka ada kelebihan yg Allah bagi kat mereka.

      untuk orang biasa yang beriman pulak dipanggil "maunah".

      ketiga-tiga kelebihan diatas (maunah, mukjizat, karamah) lebih kepada pertolongan Allah. tapi,istidraj ni pulak "kelebihan" yg Allah bagi kepada orang yg kufur supaya dia lebih kufur. contohnya, firaun. dia kufur tapi Allah tetap bagi kelebihan kat dia (kerajaan, piramid, dan sebagainya) supaya dia bertambah sesat.

      dalam entry ni, apa yg nk disampaikan ialah, kena jaga2 dengan nikmat yg Allah bagi kat kita. takut2 nanti ni'mat tu seolah-olah istidraj, bila kita semakin kufur dengan Allah. macam firaun, makin kufur bila dapat ni'mat.

      lebih kurang mcm tu la... hehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi