Friday, April 13, 2012

feri tsunami - episod 9 (azan)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 7.15 pm
Tempat : atas dek feri langkawi-penang


Sekarang sudah lewat senja. Langit sudah bertukar kekuningan dan sang mentari pon sudah mula menghampiri garisan horizontal di sebelah barat. Kian tenggelam bersama masa yang berlalu. Tidak seperti tadi, cahaya mentari yang menyinar kini sudah mulai suram.

“is, tuh. Sunset. Lawa kot.” Sapa daus sambil menunjukkan kearah barat. arah matahari tenggelam.

“pergh... lawa. Lawa.”

“apa lagi! ambik la gambaq!”

“kalau man ada sekarang, mesti best. Boleh dia ambik gambaq sunset pakai DSLR dia. Lawa kot. Rugi dia tak ikut.”

“tu la. orang ajak, dia tak mau. Biaq pi la. pakai kamera henset kita sudah.”

Beberapa minit kemudia, kami dapat lihat peristiwa matahari tenggelam. Sedikit demi sedikit matahari mula jatuh ke bumi. Seolah-olah berselindung di sebalik laut yang meluas. Nasib baik aku sempat rakam.

Bila matahari sudah tenggelam sepenuhnya, terus aku teringat pelajaran pendidikan islam yang pernah aku belajar berkenaan syarat masuk waktu solat. Lantas, aku beritahu duan yang sekarang sudah masuk waktu maghrib. Dia pula suruh aku azan.

Tanpa fikir panjang, aku azan. Azan kerana sudah masuk waktu maghrib, dan kerana memohon, berdoa kepada Allah, minta dijauhkan dari azab bala bencana tsunami.     

6 comments:

  1. wahh terharuu nyaa.. asa macam nak joinn ja. bukan senang nak dapat pgalam cam nih kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulak... hehehe.. org lain pakat takut, dia seronok... time tu tengah keluar amaran tsunami kot... hehe

      Delete
    2. hihi mmg la time baca tuh mmg la asa takut jugak. Kalau saya kat situasi nih pun takutt. Tapi best dekat part yang azan + solat atas feri tuh.. ;)

      Delete
  2. Alhamdulillah.
    Dah ade ciri-2 untuk jadi suami mithali.
    Abang dah boleh mula cari calon sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk? ciri2 apa pulak nih? tak paham..

      Delete