2.1.12

Prank birthday


Dulu, masa aku dok asarama kat sekolah, antara hari yang ditakuti adalah hari jadi. Dalam hari tu, macam-macam benda yang boleh jadi. Dan macam-macam kes yang pernah terjadi.  Antaranya Kena baling dengan telur, tepung, atau dimasukkan ke dalam kolam ikan yang dah lama tak dicuci.

Member aku sorang tu, masa besday dia, tepat pukul 12 tengah malam, kena curah dengan air ais. Ada yang lagi sorang ni, lagi sadis. Tiba2 ada sorang senior datang kat dia, pecahkan telur atas kepala dia, sambil ucap “hepy besday”, sedangkan hari tu bukan hari jadi dia pon. Bila senior tu tau yang dia silap, dengan selambanya, dia kata “owh. Ok. Sory”, sambil blah dari situ dengan muka tak bersalah.

Alhamdulillah, masa aku dok asrama kat sekolah dulu, aku tak pernah kena lagi. buat kat orang pon tak pernah sebab tak sampai hati. Tapi kalau setakat tengok kat depan mata tu, banyak kali dah.

Kat matrik pon lebih kurang macam tu jugak.  Cuma kali ni, aku nak cerita masa aku hampir terkena, masa sem 2 kat matrik. Malam tu besday aku, dan keesokannya aku kena hantar assignment kimia. dan malam tu, aku baru start nak buat.

Bila dah sampai tengah malam, maka datanglah beberapa orang member aku ke bilik. Tengok aku dari pintu bilik sambil senyum2. Sebelom diorang cakap apa2, sebelom diorang buat apa2, aku cakap siap2 “wei, esok aku kena antar assignment kimia. so, bukan tak mau sporting, tapi serius aku ada keje malam ni”.

Tapi, bila tengok diorang datang jugak kat aku, aku ambik kayu yang memang aku simpan kat tepi katil. Aku bangun dengan pegang kayu tu sambil kata “kalau berani, mai..!!!” Dan diorang sendiri pon tau yang masa kat matrik, petang2 lepas asar aku selalu praktis silat guna kayu tu. Hehehe..

Last2, aku selamat... hahahahaha...


p/s : faiz..!!!! ko nk exam ESOK tau..!!! yg ko hupdate entry ni nape..??? pi la study..!!!!

Pha is

6 comments:

  1. haha..jangan main2 dengan budak silat ni..;)

    ReplyDelete
  2. kau tak penah prank orang. cuba la try. best ouh. haha

    ReplyDelete
  3. hehehe.. aku sambut besday orang elok2 je... dengan penuh budaya sopan adab ketimuran... hahahah

    ReplyDelete