5.1.12

mula mencari calon? naa...

(untuk kesan yang lebih dramatis, sila baca entry ni sambil dengar lagu "a thousand years by christina perri"...)


Sekarang ni tengah minggu exam. Tapi hujung minggu ni ada kenduri kahwen duapupu aku (aku punya tok punya adik punya cucu). Rasanya, tak dapat la aku nak pi. dah la sehari selepas tu aku ada paper killer, “respiratory system, kidney, blood, and therapy.” (tajuk subjek pon dah panjang berjela)

Dah nak kawen pon beliau walaupon umur kami sama. Rasa macam semalam je kitorang main masak2 masa kecik2 dulu. Tapi esok lusa dia dah nak menikah. Well, good for her.

Kadang-kadang, dalam keserabutan exam ni, aku dok pikir jugak. Aku ni, bila la nak menikah ye? But first thing first. Sekarang ni pulun untuk exam dulu, pulun belajaq dulu. Dah dekat2 nak grad nanti, cari la calon.
Pernah aku terfikir untuk jadikan “mula mencari calon isteri” sebagai azam tahun baru 2012. Tapi bila fikirkan balik, awal lagi rasanya. So, azam ni aku postpone untuk tahun depan la.. hehehe



Apa2 pon, buat duapupu aku, suraya dan juga kepada bakal suami, aku doakan yang terbaik buat korang. Semoga korang bahagia berkekalan hingga ke syurga. insyaAllah. Maaf tak dapat datang walimah korang. Tengah serabut exam. (n_n)

p/s : esok exam paper pharmacy practice. Permudahkanlah ya Allah...

Pha is


6 comments:

  1. haaa tudiaaa..kawen2..haha..blajaq dulu na..by the way. gud luck exam!

    ReplyDelete
  2. Muhahahahhaa..Entri yg hampir sama tapi tak serupa..

    ReplyDelete
  3. hehehe~ sy terpaksa buat azam tu tahun nie jugak.Sebab duapupu da nak bersalin pun.hikhik

    ReplyDelete