Skip to main content

Misteri cahaya biru di desasiswa restu



Sekarang ni aku baru habis exam. Tapi semnejak study week baru2 ni, rutin harian aku banyak yang berubah. Selalunya aku tidur pukul 8 malam, dan bangun pukul 1 pagi, dan stay up sampai subuh. Waktu aku stay up tu aku (kononnya) gunakan untuk study.

Dan bila aku boring, selalunya aku rehat kejap, online, ziarah bilik member yang tak tidur lagi, dan tengok langit melalui tingkap. Tapi, tingkap aku mengahadap bukit, so, bila ‘melihat bintang’, akan Nampak la sekali hutan bukit kat belakang desasiswa restu usm ni.
selalunya yang aku nampak cahaya biru tu kat kawasan bertanda merah tu la.
latitude :   5°21'21.24"N
longitude : 100°17'18.42"E

Apa yang aku perasan, dalam pukul 3-4 pagi, aku dapat lihat kelibat cahaya di balik belukar tu. Cahaya tu bukan macam cahaya api atau kelip2 sebab cahaya tu warna biru dan hanya menyuluh pada satu2 arah, macam lampu suluh.

Sekali pandang, macam ada orang yang tengah guna lampu suluh untuk cari benda dalam kawasan hutan tu. Pelik. Siapa pulak yang nak cari barang dalam hutan pada jam 3 pagi? Siang2 tak boleh ke? Masalahnya bukan sekali dua. Dah banyak malam dah aku lihat.

Aku pernah tunjuk cahaya tu kat member2 aku. Dan depa pon boleh nampak. Bukan aku sorang je. So, bukanlah khayalan aku semata. Bila ternampak cahaya tu, meremang jugak la bulu roma. Tapi, aku buat bodo je.  

Persoalannya disini, cahaya apakah itu?

Pha is

Comments

  1. nasib bek la ak xnampak.. lau x kompem ak xleh study... wahahaha

    ReplyDelete
  2. cahaya keimanan kot aku rase..huhu :)
    tengs for that lyrics..aku tgh download lagu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keimanan..??? hahaha... anyway, sama2....

      Delete
  3. ada makhluk Allah yang jalan2 kat situ...nak tau, kena cari naa.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. biaq pi la kat dia.. dia dunia dia.. kita dunia kita...

      Delete
  4. tu cahaya org tengah menurun tu....biasa la kan...nak sport solan periksa punya pasal..kan sekarang ni musim final exam....lau buat siang2, tak menjadi....kena buat mlm2 gak..baru gempak nak jawab solan periksa sok kan harinya...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh jadi gak.. sbb bunian2 kat sini kan bunian terpelajar... bunian university la katakan, mesti pandai... sbb tu bleh menurun kat diorg mntak soalan spot.. hahahaha

      Delete
  5. jangan fikir yang bukan2, as long as dia tak ganggu so biar kan ajer....mungkin dia juga makhluk Allah kan :)

    http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/disini-kita-bermula.html

    ReplyDelete
  6. apa lagi, gi siasat la..exam pon da abes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. ok gak tu... kalau aku dah siasat, nnti aku update... heheh

      Delete
  7. kalau mendatangkan kemudharatan kepada korang, cepat2 telepon polis tau!!

    ReplyDelete
  8. CAHAYA BIRU..?MISTERI NUSANTARA NI..ADER BUNIAN KOT..HEHE

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. ha a.. dalam pukul 3-4 pagi... cahaya tu gerak2.. kejap suluh belah sini, kejap suluh arah lain, kejap padam...

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi