Skip to main content

mimpi : boleh pakai ke?


Kata orang, mimpi mainan tidur. Ada jugak yang kata mimpi ni mainan syaitan. So, maksudnya mimpi ni tak boleh pakai ke? Tapi ada jugak aku pernah terbaca yang dahulu kala, ada banyak kisah dimana ada ulama’ yang ahli dalam mentafsirkan mimpi.

So, mana satu yang betol? Mimpi ni boleh pakai or tak? Sekadar bayangan tanpa makna, atau sebuah mesej yang tersirat?
 
masa kat matrik dulu, aku penah baca buku yang bertajuk “ kuasa minda separa sedar” oleh Mohd Rozani Pawan Chek. Menurut buku tu, kalau tak silap aku (sebab dah lama dah aku baca) antaranya ialah kadang2, minda separa sedar kita cuba menyampaikan satu mesej kepada kita dalam bentuk mimpi.

Sejak aku baca buku tu, aku mula take serius apa yang aku mimpikan. Tapi tak semua. Kalau aku rasa mimpi tu merapu, aku biarkan je. Tapi, kadang2, ada mimpi yang betul2 membuatkan aku berfikir.

contohnya, baru2 ni, mimpi kononnya kawan aku meninggal (sedangkan dia masih hidup – semoga Allah panjangkan usia beliau dalam mentaati-Nya). Bila aku tengok ‘jasad’ kawan aku tu (dah siap dikapankan), terus aku insaf dan aku rasa betapa singkatnya hidup ni (masih dalam mimpi).

Lepas tu, dalam mimpi tu jugak, aku berdoa, memohon ampun kat Allah, sambil menangis-nangis. Bila terjaga, aku fikir, kalau betul mimpi tu mainan syaitan, tak kan syaitan nak suruh aku bertaubat?

p/s : bila dah bangun, check pesbuk kawan aku tu, Alhamdulillah, beliau masih sihat wal afiat.

Pha is

Comments

  1. susah kalau nak cerita pasal mimpi ni.tapi memang ade mimpi yang baik, dan ada juga mimpi yang mainan syaitan. tapi tu semua kena tanya yang pakar..:P

    ReplyDelete
  2. kalau mimpi tuh datang secara berturut2 lak cam na agak2 nya ya..

    ReplyDelete
  3. cik kiwi : betol2..

    nazihatul hanan : ha ah.. pnah jugak alamai mimpi macam tu... wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  4. Bergantung pada mimpi tu. Ada jugak mimpi yang memberi hidayah.

    ReplyDelete
  5. ha ah.. ada pnah dgr citer yg ada org masuk islam sbb mimpi.. heheh

    ReplyDelete
  6. yeah, aku pernah baca dulu pasal minda bawah sedar ni. dan mimpi tu antara ruang pengolahan minda bawah sedar kita.

    adakala mainan setan, adakala semacam memberitahu sesuatu.

    hidup ni menarik sebab ada misteri2 macam ni lah..hehe

    ReplyDelete
  7. setuju ng pndpt haikal blank..

    dlu sy pnh mmpi sedih..smpai nangis teresak2..sedar2, memang ada air mata menitis kt pipi.

    ReplyDelete
  8. tskk..kengkadang ader betulnya..tpi x tau sejauh maner kebenarannya..

    by : org ke 8 pening telan panadol.

    ReplyDelete
  9. org ckp mimpi sebelum subuh ada btulnya. lpas dri tu tak ley pkai dh. ye kot. kalau mimpi org tu meninggal *org kata dia pjg umur.

    gelabah kita kan kalau mimpi mcm tu

    ReplyDelete
  10. jrg NAL mimpi..tp kalau ada problem dgn seseorang dlm tempoh yang lama..pasti akan bermimpi tentangnya.. :)

    ReplyDelete
  11. hurm ? ckgu bolat ckp klau kita brmimpi bdan kita tak rehat.. klau tdur nyenyak tnpa mmpi .. esk pgi cerdas =D

    ReplyDelete
  12. pernah mimpi pasal mati..
    ttaaaakkkuuuuttt !
    mainan tidur mainan tidur,


    :)

    ReplyDelete
  13. terus check fb? Alhamdulillah. Anda kawan yang sangat mengambil berat mengenai kawan sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. risau jugak.. takut jadi betol2 mmpi tu.. mntak dijauhkan la..

      Delete
  14. ada jugak yg cakap apa yg kita mmpi akan btentangan dgan yg akn tjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. er.. yg tu x tau la plak.. pestime dgr... hehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi