18.1.12

memilih dan mengharap.


Baru tadi aku terbaca satu artikel dari iluvislam.com. tajuknya, “Memilih Calon:Antara Gedik Dan Realistik?” serius aku nak tergelak bila baca artikel tu. Pertamanya, sebab watak dalam kisah tu bernama “Faiz”.*tersentap* Kedua, sebab giler dahsyat dia punya cirri-ciri calon “zaujah”. Sampai 24.!


Nasib baik “Pha Is” yang ni tak sama denan “Faiz” yang tu. Aku ada la jugak pernah senaraikan ciri-ciri, tapi tak de la banyak sangat. Rasanya dalam 4 ke 5 ciri-ciri gitu je. Hehehe


Sebenarnya, aku takut untuk terlalu memilih dan mengharap. sebab sejak kebelakangan ni, aku jarang dapat apa yang aku harapkan. contohnya macam masa aku nak beli moto dan laptop aku dulu. Lain yang aku hajatkan, lain yang aku terbeli.

Dan kadang-kala, walaupon aku dapat apa yang aku hajatkan, perkara tu tetap tak menjadi seperti apa yang aku harapkan. maknanya aku tersalah pilih. Seperti mana masa aku memilih kos farmasi.


So, sekarang aku lebih banyak redha dan terima seadanya dari terlalu mengharap. Terutamanya dalam soal akademik. Bukan bermakna aku putus asa. Aku berusaha jugak, setakat yang aku mampu. Selebihnya, “ya Allah, ini usaha aku. Sesungguhnya hanya sanya Engkau lah yang lebih layak menilainya. Apa sahaja keputusannya, apa nak jadi, jadilah

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

Akhir kata, bersederhanalah dalam memilih dan mengharap. Kerana kita bukan penentu mutlak masa depan kita. 



Pha is

4 comments:

  1. Yup! Bersederhana...kalu mengharap lebih2 dan terlalu sempurna, takut diri sendiri yang merana dek tak dpt apa yang diharapkan... ^_^

    ReplyDelete
  2. yep..dalam apa2 hal pun, jangan terlalu berharap. kalau dulu, harappp sangat lecturer tak masuk. tapi last2. lecturer masuk tak putus2. memang hampaa la. haha

    ReplyDelete