Skip to main content

aku dan psykologi


Tadi aku pi program JPA. Kat dalam tu, kami kena jawab beberapa soalan yang berbentuk “psykologi”. Kononnya setiap jawapan kami melambangkan diri masing2. Nak terang lebih2 pon, bukannya korang boleh paham. Tengok je lah contoh jawapan aku ni:
 
Situasi : apabila saya masuk hutan.....

Soalan 1 : nyatakan dengan siapa anda berjalan?
Jawapan aku : kawan
Maksut tersirat (psychology) : kawan adalah orang yang paling rapat dengan aku
Komen aku : abehtu, dengan sapa lagi aku nak masuk hutan?

Soalan 2 : tiba2 anda terserempak dengan seekor haiwan. Haiwan apakah itu?
Jawapan aku : kijang
Maksut tersirat (psychology) : haiwan ni melambangkan masalah. makin besar saiz haiwan tu maka makin besarlah  masalah aku
Komen aku : bila masuk hutan, aku fikir nak jumpa haiwan yang boleh dimakan je. Boleh jugak buat BBQ.

Soalan 3: tindakan aku terhadap haiwan tersebut (biarkan/lari/tangkap)
Jawapan aku: tangkap
Maksut tersirat (psychology) : aku akan menghadapi segala masalah aku
Komen aku : dah Nampak kijang, tangkap je la. buat BBQ.

Soalan 4: tiba2 anda ternampak kunci. Berapakan bilangannya (1-10)
Jawapan aku: 4
Maksut tersirat (psychology) : Bilangan kawan yang betul2 rapat dengan aku adalah sedikit
Komen aku : bila sebut kunci, aku teringat rumah. Bila sebut rumah, aku teringat bini. Bila sebut bini, aku teringat 4. hehehe

Soalan 5: anda Nampak sebuah rumah. Adakah rumah tersebut berpagar?
Jawapan aku: tidak
Maksut tersirat (psychology) : Aku open minded
Komen aku : rumah dalam hutan buat apa la nak buh pagar...

Soalan 6: pintu rumah terbuka atau tertutup?
Jawapan aku: tertutup
Maksut tersirat (psychology) : Aku susah nak brkongsi masalah dengan orang lain
Komen aku : mesti la tutup. Nanti ular masuk.

Soalan 7: dalam rumah tu ada meja. Bentuk meja tersebut? (bulat/segi4/segi3)
Jawapan aku: segi empat
Maksut tersirat (psychology) : Aku cerewet dalam berkawan.

Soalan 8: atas meja tersebut ada pasu. Dalam pasu ada air. Berapa banyak air?(penuh/setengah/kosong)
Jawapan aku: setengah
Maksut tersirat (psychology) : Ada keinginan aku yang dah tercapai dan ada yang belom

Soalan 9: pasu tersebut diperbuat daripada?(kaca/seramik/tanah liat/logam/plastic/kayu)
Jawapan aku: tanah liat
Maksut tersirat (psychology) : Aku lemah, rapuh

Soalan 10: di belakang rumah tersebut ada air terjun. Berapa lajukah air terjun tersebut?(1-10)
Jawapan aku: 2
Maksut tersirat (psychology) : Dorongan cinta aku adalah rendah
Komen aku : kalau boleh aku nak mandi air terjun. So, tak nak la air terjun yang deras sangat.

Soalan 11: tiba2 anda ternampak peti. Saiz peti tersebut? (kecil/sederhana/besar)
Jawapan aku: sederhana
Maksut tersirat (psychology) : ego aku sederhana besar

Soalan 12: kotak diperbuat daripada apa?(cupboard/kertas/kayu/logam)
Jawapan aku: kayu
Maksut tersirat (psychology) : aku seorang yang rendah hati
Komen aku : selalunya, peti kayu ada harta.

Soalan 13: tiba2 nampak jambatan. Jambatan tu diperbuat daripada apa?(logam/kayu/rotan)
Jawapan aku: kayu
Maksut tersirat (psychology) : hubungan aku dengan kawan sederhana.

Soalan 14 : di seberang jambatan, ada kuda. Kuda tersebut warna apa?(putih/kelabu/hitam)
Jawapan aku : putih
Maksut tersirat (psychology) : pasangan aku seorang yang murni dan baik. (ameen..)

Soalan 15 :  apa yang kuda tersebut lakukan?(diam/makan/berlari)
Jawapan aku : makan
Maksut tersirat (psychology) : pasangan aku sederhana dan rendah hati

Soalan 16 : tiba2, ribut taufan datang. Apa akan anda lakukan?
a) lari dan bersembunyi dalam peti
b) lari dan bersembunyi bawah jambatan
c) lari ke kuda, naik, dan terus pergi
Jawapan aku : lari dan bersembunyi bawah jambatan
Maksut tersirat (psychology) : kalau ada masalah, aku akan cari kawan


hmm... kebanyakannya aku rasa betul. terutamanya pasai soalan 10 tu. hehehe....

Pha is

Comments

  1. Ego sederhana besar???Ego hg besar gila kot!

    ReplyDelete
  2. @Sarah Asshila yer kew..???? hmm... tak tau pulak aku.. yg pasti, ego ko komfom lebih besar dari aku... hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi