Tuesday, September 20, 2011

buat hingar

kat penang, kalau masa korang pi pekena kat kedai nasi kandar, tiba2 terdengar sekumpulan manusia yang sedang rancak bersembang dengan suara yang agak kuat sehingga semua orang boleh dengar, itu perkara biasa.

Ianya disebut "buat hingar" (huruf r ditukar sebutan seperti huruf ain). Benda ni memang sudah menjadi kebiasaan tidak mengira bangsa. Melayu, cina, india, sama saja.

Kadang2, kalau bukan kat kedai makan pon, boleh berlaku jugak. Contohnya, lepas main futsal dan sebagainya.

So, bagi mereka yang tak biasa, bila berdepan dengan perkara macam ni, tak perlu lah terasa hati. Benda normal. Kat penang ni, biasa la kalau nak sembang dengan kawan2 sambil “buat hingar”.

Tapi, kalau yang buat hingar tu perempuan, apa korang rasa?


4 comments:

  1. kalau laki buat hingaq orang rasa ok jer tapi klu pompuan wat hingaq orang kata tak senonoh lak...

    ReplyDelete
  2. kalau lelaki boleh diterima tapi kalau perempuan, tak sopan langsung jawabnya...akak kalau cakap satu negeri boleh dengar hahahha

    ReplyDelete
  3. @Yatie Awang
    tapi kalau cakap kuat untuk kebaikan tak pe. contohnya ustazah yg mngajar bahasa arab kat skolah dulu, skali dia ajar 1 kelas, 1 blok boleh dengar... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...