Sunday, July 31, 2011

prank hidung berdarah



Sejak dari kecil, hidung aku memang selalu berdarah. Tetiba je. Tanpa sebab. Nak kata sebab aku terangsang seperti yang berlaku dalam mana2 cerita anime (contohnya tok kura dalam cerita dragon ball), tak mungkin sebab dulu2 masa aku budak lagi, mana la aku terfikir pasai benda2 macam ni.

Symptom ni memang tak sakit langsung. Walaupon masa aku kecik2 dulu. Dan dah banyak kali dah aku gunakan “penyakit” aku ni untuk perkena (prank) orang. 

Aku ingat lagi, masa aku kecik dulu, masa tu aku tengah main “masak-masak” dengan budak2 yang lain. Tengah aku “konon-kononnya” sedang balik dari kerja. Tetiba je hidung aku berdarah.

Lepas tu semua kawan2 aku lari sebab takut tengok hidung aku berdarah. Aku pulak selamba derk je pi kejar diorang dengan darah yang menitik-nitik keluar dari hidung. macam cerita hantu la pulak. hehehe..

Banyak lagi kes prank yang aku buat melibatkan hidung berdarah. So far, prank yang paling berkesan aku rasa masa aku form 2 kat asrama sekolah aku.

Masa tu awal tahun. Dan time tu aku pekena budak2 junior (form 1) yang baru masuk asrama. Maklumlah, budak baru masuk asrama 2-3 hari. Takut dan skema habis. Malam tu, lepas makan  supper, hidung aku berdarah. Aku pon pi la basuh darah tu kat singki kat tepi dewan makan.

Kebetulan, ada budak form 1 yang Nampak aku. So, diorang pon Tanya la pasai hidung aku tu.

“asssalamualaikum, abang. (diorang wajib bagi salam. Kalau tak bagi salam, memang nahas la diorang akan kena) hidung abang tu kena apa?”

“waa’laikumussalam. Hidung abang ni berdarah sebab tadi kena tumbuk dengan budak form 5.”

“HAH..!!!” masa ni aku tengok muka diorang dah pucat dah. “betul ke bang?”

“betul la.. sebab tadi budak form 5 tu minta roti (makanan supper) abang tapi abang tak bagi. Lepas tu terus dia tumbuk abang. .” kata aku sambil membersihkan saki-baki darah di lobang hidung aku.

“tak sakit ke?” soal diorang dengan penuh cuak.

“dulu masa abang form 1 dulu memang la sakit. Tapi lama2 dah biasa dah. Klau setakat kena tumbuk sampai hidung berdarah tu, dah lali dah..” masa ni aku tengok budak2 form 1 tu dah saling berpandangan. Muka dah risau.

“ala... tak payah risau la.. nanti lama2, korang akan biasa la. normal la tu kalau dok kat asrama.” Nasihat aku kepda mereka dengan penuh serius. Gamaknya budak2 tu dengar sambil telan air liur kot. Hehehehe... 


Pha is

2 comments: