Skip to main content

adab berjemaah



penah dengar tak tok2 imam dok marah kalau kita pakai baju t-shirt yang ada tulisan kat belakang untuk dipakai masa solat. kononnya "mengganggu" makmum di belakang. tapi kalau diikutkan, bukan baju je yang boleh mengganggu. banyak lagi..

baru2 ni aku ada joint program kat UPM. sempat jugak la kami berjemaah di masjid upm tu. kalau sebelom ni, aku cuma sempat tengok kat tv, kali ni aku berpeluang berjemaah dalam masjid tu. (aku baru tau yang masjid yang keluar kat tv1 setiap kali azan dulu2 tu rupanya masjid upm)

masa aku tengah merapatkan saff, ader lagi sorang budak yang joint program tu solat sebelah aku. lepas je saff dibetulkan, beliau lantas meletakkan henset beliau atas sejadah dalam keadaan skrin henset mengadap keatas.

masa aku nak angkat takbir, sambil melihat tempat sujud, aku terpandang la henset si mamat ni. masa tu wallpaper dia tak terpadam lagi. bila aku terpandang, tarus tak jadi angkat takbir. sebab niat aku "terganggu"...

sebabnya mamat tadi tu letak gambar awek dia sebagai wallpaper. aku yang nak angkat takbir ni pon dah was2. tapi aku tengok mamat tu rilex je solat sambil "menghadapkan wajahnya" kearah wallpaper henset tadi. macam khusyuk je... heran aku..

aku rasa macam nak keluar je dari saff tu. tapi bila tengok belakang, makmum lain dah "qiam", tak jadi la. nk buat macam mana, tawakkal je la... dari angkat takbir sampai rakaat pertama, pejam je mata...



Pha is

Comments

  1. kalau tak cun, x de la sampai aku terganggu.... hehehehe

    ReplyDelete
  2. nak smayang pun nak tgk muka awek, parah la hadoiii

    ReplyDelete
  3. tu la pasal.. kalau dah sangap sangat, tengok sorg2 dah ler.. ni mengacau konsentrasi org lain nk solat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal