27.3.11

relevankah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan sambut earth hour, tapi pada masa yang sama tanggungjawab kita kat tuhan tak terbuat?

semua ini berbalik kepada matlamat dan tujuan kita hidup di atas muka bumi ni. sebagai manusia, kita dijadikan atas dasar 2 malamat iaitu yang pertama untuk beribadat kepada Allah sepertimana firman-Nya : "tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." (51:56).

akan tetapi, tujuan yang ke-2 pula ialah sebagai khalifah yang mentadbir dan MEMELIHARA muka bumi seperti firman-Nya : "dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu telah berkata kepada malaikat - sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di bumi.Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang MERUSAKKAN dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (2:30).

kedua-dua matlamat ini telah di mencakupi hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan makhluk termasuk alam sekeliling. kedua-dua ini merupakan TANGGUNG JAWAB yang telah dipikulkan kepada manusia.

tanggung jawab kita kepada alam tak semestinya hanya dengan "earth hour". ini hanyalah antara salah-satu jalan. apa guna sambut earth hour saban TAHUN kalau mengabaikan tanggung jawab sebagai khalifah saban HARI sepertimana yang telah dijangkakan oleh para malaikat?

jadi, berbalik kepada soalan tadi, semua ini kena seiriang. jika hilang salah satu matlamat, tak lengkap dan tak sempurnalah matlamat kita diciptakan.

jika asyik dengan earth hour sehingga abai tanggung jawab kepada Tuhan, tiada guna. dan kalau asyik beribadah sahaja tetapi tidak mengambil tahu hal sekeliling malah merusakkannya, pon tak boleh juga. kerana manusia perlu menjaga hubungan baiknya dengan 3 perkara iaitu hubungan dengan Tuhan, hubungan sesama manusia, dan hubungan dengan alam sekeliling.

so, perlu seimbang. dan kalau kedua-dua tanggung jawab ini dapat dijalankan dengan hebat, tidakkah ianya sesuatu yang bagus?

seqadar pandangan...(n_n)

Ask me anything

No comments:

Post a Comment