23.3.11

keputusan

MySpacehari ni semua pakat cerita pasal result SPM. so, aku pon teringin la nak menulis pasai pengalaman aku 3 tahun dahulu. kisah sedih aku semasa ambik result.



bila aku amik result SPM, kaunter kelas aku dijaga oleh cikgu suria zunita, cikgu kimia aku. bila cikgu tengok aku, bila dia cari slip result aku, dan bila dia tengok sekali lalu, dia pon bersuara :
"tahniah sebab dapat # A.... tapi kenapa kimia dapat A2 je?"
pergh....!!! menusuk qalbu soalan tu beb.. terasa aku. mungkin sebab aku antara pelajar harapan beliau untuk dapat A1 tapi aku dapat A2 je. aku pon sedih gak. kerana telah menghampakan cikgu suria.

MySpace"maafkan saya cikgu."  suara yang tersekat dicelah kerongkong pada waktu tu. mungkin kerana terkelu lidah, dan menahan sebak.



lepas tu adik aku SMS, kata mak aku tanya dapat berapa. dan aku pon balas : [biology dapat B]

then, adik aku SMS lagi. mungkin tak puas ati dengan jawapan aku. aku balas balik : [bahasa arab tinggi dapat B jugak]

dan kali ketiga, adik aku SMS lagi. tapi kali ni, aku tak balas balik. biar diorang tertanya-tanya. hehehehe....

dan bila on the way nak balik rumah, aku still teringat kata2 cikgu Suria. aku sebak lagi time tu. mungkin disebabkan kata2 cikgu dan sebab kimia tu sendiri subjek feveret aku dan aku "kurang" skor.

sampai je kat rumah, aku bagi slip kat mak aku, dan aku pon terlentang tidor. penat. walaupon dalam negeri yang sama, tapi perjalanan nak pi sekolah aku ambik masa 2 jam dengan menaiki bas-feri-bas.

biarlah mak aku layan semua panggilan telefon yang bertubi-tubi datang dari sedara-mara.

sekian....


No comments:

Post a Comment