Wednesday, March 2, 2011

Interior Designer



aku pening. serius pening. tapi kali ni bukan kerana migraine. tapi kerana manusia. kerana sikap dan perangai manusia.

analoginya begini. katakan korang baru kahwen dan baru pindah rumah baru. masa tu korang mungkin blur lagi tentang tatacara  nak hias rumah korang.

tapi, disebabkan kegigihan korang bersama isteri, serta bantuan dari keluarga terdekat, korang akhirnya berjaya menghias rumah korang tu dengan elok. walaupon tak perfect sangat, tapi tak la sampai menyakitkan mata.

setahun telah berlalu, dan tetiba korang dapat sorang jiran baru. dan jiran korang ni sangat lah peramah orangnya. selalu datang rumah korang, walaupon tak dijemput.



mula2 tu korang amat berbesar hati menerima kunjungannya. apatah lagi beliau kononnya merupakan seorang pakar  "interoir designer" yang termashur. ala-ala "eric" gitu.

dan setiap kali junjungan beliau, beliau akan memberi nasihat pakar tentang cara nak menghias rumah korang. betapa hebatnya beliau sehinggakan setiap kunjungan beliau, ada saja tips-tips terbaru mengenai penghiasan rumah korang.

saban hari, korang mula perasan yang keadaan rumah korang tu dah tunggang langgang disebabkan nasihat pakar yang telah diberikan oleh beliau. kejap nak kerusi atas meja, kejap nak langsir dijahit sekali dengan kain alas meja, kejap nak gambar keluarga atas kipas syiling, dan bermacam lagi idea2 kreatif beliau.

lantas, korang dah naik muak. bila korang kata yang idea beliau kurang bernas, beliau pon berkata : semua ni pendapat jeeeeeee... ikut suka korang la nak ikut or tak.

tapi, bila korang mula menggunakan idea sendiri, beliau pon bersuara : eh korang, korang, nape nak buat macam ni...? nape tak buat macam tu...?

lantas, korang pon memang dah buntu dah. tak nak dengar pon tak boleh sebab beliau memang selalu sangat yang amat menziarahi rumah korang walaupon tanpa diajak, dan sampai satu tahap, beliau tetap datang walaupon korang dah cakap siap2 yang malam tu malam jumaat, korang nak tido awal sebab nak "dapat pahala lebih".

even sampai tahap tu beliau masih lagi tanpa jemu datang melawat rumah korang untuk bagi tips2 terbaru tentang cara nak hias rumah korang.

dan disebabkan rasa muak korang, disebabkan kedatangan beliau yang "potong stim" dan mengganggu "privacy" korang pada malam jumaat tersebut, korang pon sebagai ketua rumah, sebagai ketua keluarga, memagari rumah korang dan menulis di pagar tersebuat "please do not disturb" (macam kad yang orang gantung kat tombol pintu hotel".

next day, korang dengar kat radio hot fm yang beliau menyampaikan pesanan kepada seluruh rakyat senegal yang berbunyi :

klick untuk tumbesaran sempurna

dan korang pon heran bila dengar pesanan penaja tersebut. sejak bila pulak korang paksa beliau? ajak pon tak pernah.

akhirnya, korang terus migraine...


sekian....








p/s : muhasabahlah diri kita....

3 comments:

  1. huh. tak tido sampai kul 4 pagi dok pkir jalan cerita. hahahaha... hajat ko punya pasal... sebab dah kesian sangat aku tengaok ko... dh kronik dah.... since ko tolong sampaikan apa yg kat ati aku dalam fesbuk, aku pulak tolong ko sampaikan apa yg terpendam kat dalam ati ko kat sini... adilkan? hehehehe

    ReplyDelete
  2. gud2..aku nak like banyak2 kali la..tapi tak bley..

    ReplyDelete