10.1.11

kepimpinan dan kepengikutan_bahagian 2


Entry kali ni adalah sambungan kepada entry “kepimpinan dan kepengikutan_1”. So, kalau nak lebih paham, baca yang tu dulu ye.

Kalau kita perasan sekarang ni, selalu orang buat bengkel or kem or seminar berkenaan kepimpinan, tapi jarang dengar tentang kepengikutan. Terutamanya selepas AGM mana2 persatuan terutamanya yang melibatkan student tak kira lah student sekolah mahupon student university.  

Semua orang sibok nak jadi pemimpin dan tak mau jadi pengikut. Macam hina sangat kalau jadi pengikut. Takot nanti dicop sebagai “pak turut”. Kalau semua nak pimpin, sapa nak ikut.? Tak ke haru-biru jadinya.? Semua nak buat kepala.

Rasional mereka adalah “semua orang adalah pemimpin”. Ya, semua orang adalah pemimpin, tapi semua orang juga adalah pengikut..!!! hidup kan ibarat roda. Tak kan selamanya kita “di atas”. Lambat laun akan jadi pengikut juga. Lagi pon, walau sehebat mana pon jawatan kita, akhirnya tetap perlu ikut arahan Dia.

1st time sembelih ayam kat PIMPIN siswa
Contoh yang paling dekat dengan aku ialah “kem PIMPIN siswa”. Aku bukannya nak camdek(kutuk) mana2 pihak. Just hairan (dan pening) dengan dunia. Tapi nak buat macam mana, dah USM punya slogan sendiri pon “kami memimpin.” Tak kan nak bubuh “kami mengikut” pulak kan… tak APEX la….

Kadang2 ada jugak yang concern pasai kepengikutan ni. Contohnya, tahun lepas aku ada ikuti kem nasional kelab SANTUN(skim anugerah kecemerlangan anak yatim/miskin nasional) anjuran YaPEIM(yayasan pembangunan ekonomi islam Malaysia). Dalam kem tu, ada satu forum yang berkaitan dengan “kepimpinan dan kepengikutan”.

Dan antara input yang aku dapat dalam forum tu ialah petikan kata2 Saidina Ali apabila beliau ditanya berkenaan kepimpinan beliau yang agak lemah jika nak dibandingkan dengan khalifah2 yang lain. Beliau menjawab :
“semasa Abu Bakar, Umar, dan Uthman memimpin, yang mengikutnya adalah orang yang seperti aku. dan ketika aku memimpin, yang mengikut aku adalah orang yang seperti kamu
Dan dalam islam sendiri, tidak hanya menggariskan cara untuk menjadi pemimpin yang baik tetapi juga cara untuk menjadi pengikut yang baik. Bak kata senior kat sekolah aku dulu, (tapi aku tak sure kat mana dia ambik kata2 ni) : 
“tiada islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa ketua, dan tiada ketua tanpa ketaatan”

Contoh yang paling lumrah ialah dalam solat jemaah. Rasanya tak perlu detail kot pasai ni. Sebab semua orang sedia maklum.. Lagipon, siapalah penulis ni nak membincangkan hal2 agama. Blog ni pon bukannya medium untuk bagi ceramah. Cuma sekadar melepaskan “kepeningan” yang bersarang dalam kepala aku ni.

So, kesimpulannya, jangan la terlalu taksub dengan kepimpinan. Tekankan sama kepengikutan.  Sebab tak guna kalau ada pemimpin yang berkaliber macam mana sekalipon, kalau orang bawahan tak pandai nak ikut, tak guna jugak. Lagipon, tak kan jatuhnya martabat kita kalau menjadi pengikut asalkan ikutan kita tu betol.

p/s: kalau dah baca, jangan la lagi malu2 untuk ikut ( a.k.a. follow) blog ni… tu pon dikira "kepengikutan" jugak... hehehehe

No comments:

Post a Comment