18.1.11

cinta



Just nak berkongsi, pengalama aku masa dalam usrah yang aku pernah hadiri. hari itu, kami sedang rancak membincangkan hadis arbain imam nawaai yang ke-2, tentang islam, iman, dan ihsan.

Dan dalam perbincanga tu, ramai la yang bagi respon dengan baik. Masing2 dengan pendapat dan hujjah sendiri tentang apa yang mereka faham pengenai islam, iman, dan ihsan berdasarkan hadis. Semuanya dalam komunikasi 2 hala. Saling berinteraksi.

Tapi, tiba2, entah macam mana terkeluar pulak tajuk kecil dari perbincangan tersebut yang melibatkan istilah “cinta”. Lantas, si naqib pun menyoal kami, apa pula yang kami faham dengan istilah “cinta”.

Lepas tu, dari suasana yang agak “meriah” dengan pendapat2 dan hujjah2 tetiba je senyap. Sepi. Sorang pon tak berani keluar suara. macam ada malaikat melintas. Senyap tiba-tiba... (sila bayangkan bunyi cengkerik)

"err.... errr....."

tiba-tiba, si naqib memperdengarkan sebuah syair arab yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu oleh habiburrahman el syairazi dalam novelnya “ketika cinta bertasbih”.
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
si naqib sebenarnya penah baca novel tu dan telah hafal bait2 kata dari syair tu. kami yang mendengar masa tu semua khusyuk je dengar.  Memang menusuk qalbu la. semua Terpana dan terkasima. 

Lepas tu pula, dia berikan definasi cinta oleh imam Al-Ghozali dalam kitabnya “ihyai 'ulumuddin” yang menyebut cinta sebagai:
“Kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri kepada sesuatu atau seseorag yang boleh member kelazatan, manfaat, dan sangat serasi dengan fitrahnya”
Dan sekali lagi kami terdiam tanpa bicara sambil mengiakan definasi tu...

cinta Ilahi cinta sejati
membawa bahgia yang kekal abadi

cinta manusia hanya sementara
tika didunia yang akan fana

cintakan harta tangan-tangan kan
laburlah ia di jalan Allah

cinta ilmu ruginya tiada
untung didunia, untung akhirat

p/s: apa pula definisi cinta korang?

maa'ssalamah,

Pha is

No comments:

Post a Comment