Skip to main content

how I meet your mother




Sebelom aku balik umah lepas exam, aku sempat “sedut” beberapa movie dan drama kat member aku yang sorang ni. Dia memang ada bnyak movie sebab Kalau bab2 mndownload ni, memang dia pakar. Cakap je nak mntak tolong dia download apa, semua boleh(kecuali benda yang tak penah diupload la..) dan antara cerita yang aku amik kat dia ialah cerita siri “how I meet your mother”.


Bagi sesapa yang penah tengok, korang mesti tau cerita dia jenis yang macam mana. Komedy yang agak lucah (bagi budaya kita la) dan bagi sesapa yang “kenal-aku-tapi-sbenarnya-masih-tak-beberapa-kenal-aku” (aku tak kisah pon), mesti terkejut kalau tau yang aku tengok cerita yang jenis macam nie. (well, kat sini la korang bleh kenal aku ni jenis yang macam mana..)

Tapi, kalo kita tengok dengan pandangan yang positif (macam aku), sebenarnya banyak input yang kita leh dapat dari cerita siri ni. Memang la ni cerita komedy tapi bila kita tengok cerita ni kalo dok gelak saja tak dapat apa baik tak payah tengok! bak kata pepatah, winners don’t do different things. They do thing differently… so, tengoklah dengan pesrspektif yang berbeza.  


Back 2 d story, bagi aku, cerita ni agak best diseabkan oleh jalan cerita dia. Seriously bukan sebab komedy sebab selalunya, aku bukannya paham pon lawak diorang. (Kadang2 sakit ati jugak tengok cerita ni bila ada suara background orang gelak tapi aku tak paham pon apa yang lawaknya.)

Bagi sesapa yang belom tengok, kalo korang ingat aku nak ceritakan sipnosis cerita tu, sory la. Korang cari la sendiri. Dan aku tak galakkan pon korang tengok cerita tu. kalo korang tak tengok pon korang tak rugi apa2.  Apa yang aku nak kongsikan, ialah bila aku tengok cerita tu, aku cuba bandingkan “watak” dalam cerita tu dengan “perwatakan” aku.

Masa pertengahan season 1 (aku ada amik kat member aku sampai season 6 dan masa aku tulih benda ni, aku baru tengok pertengahan season 2), aku exited nak tengok sebab aku lihat diri aku ni macam “ted” dan “robin”. Minat kat seseorang tapi tak kesampaian. Agak sedih gak la (memang aku sedih pon. nangis kot.) aku tengok masa ted kena reject ngan robin. Lepas tu, ted masih simpan perasaan kat robin walaupon diorang dah janji yang masing2 akan anggap macam kawan je. (betapa PENINGnya aku sampai boleh tengok cerita komedi tapi macam tengok cerita jiwang korea)


Tapi bila dipikirkan balik, aku langsung tak macam ted..!! at least ted luahkan apa yang dia rasa kat robin dan aku tak penah buat macam tu..!!­ teruknya aku.. Ok. Watak seterusnya ialah Marshall dan Lily, pasangan yang bahagia. Erm…. Nope. Diorang ni Langsung x de kaitan dalam idop aku (ni kan blog aku, so, aku cerita pasai aku je la.)


Lepas masok season ke-2 (aku tengok pada hari yang berikutnya) baru yang aku sedar yang aku nie sebenanya lebih kurang macam barney (lebih kurang je. X la sama 100 % sebab dia playboy). seorang lelaki yang single dan memang tekad untuk hidup single(konon alim.). tapi dia main2 ngan pompuan dn aku x macam tu. (just amik yang positif, ok!) seorang yang “kalis cinta”. Walaupon dikelilingi oleh kawan2 yang berkapel (serius relationship) tapi dia tetap tak mau berkapel.


Lepas tu, aku nie, walaupon x penah berkapel, tapi dah banyak kali di-skandal-kan (tolong paham betol2 maksud imbuhan “di” didepan pkataan “skandal” tu). kat skolah memang la aku tak ada skandal sebab aku dulu sekolah laki saja (tapi ada gak member aku yang di-skandal-kan kononnya diorang gay tapi tu memang untuk lawak2 ja.). tapi aku mula di-skandal-kan kat matriks. (lihat post aku yang sebelom ni untuk keterangan lanjut) dan kat USM ni pon, aku tak dapat lari dari “fitnah dunia”. Banyak juga yang aku di-skandal-kan especially sejak penglibatan aku dalam persatuan tuttt….. so, jumlah keseluruhannya agak banyak la sampai dh macam (macam je, bukan betul2) aq ni playboy. Then, lagi la aku rasa yang aku ni (lebih kurang je) macam barney dalam cerita ni….

Ish3.. ape la yang nak jadi dengan aku ni… kesimpulannya, lepas aku tengok cerita “how I met your mother” aku langsung pandang serong terhadap barney tapi sebenarnya, jika nak dibandingkan antara watak2 dalam cerita tu, aku lebih menyamai barney..!!! aku bukannya seperti ted dan robin yang merupakan watak utama yang menjadi “tumpuan” dalam sebuah cerita.

Mungkin ku bukan watak utama
dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
pastinya aku yang binasa.
-UNIC

 Dan aku juga bukan seperti marshall dan lily, sebagai kawan yang biasa yang ada relationship yang biasa dengan permasalahan yang biasa dialami oleh pasangan2 yang biasa. Aku tak fikirpon yang sebenarnya aku ni lebih macam barney yang single dan tak nak berpasangan. Bezanya  cma dia playboy (dalam erti kata sebenar) dan aku ni “playboy” mangsa keadaan.

Ok. Stakat ni saja yang aku nak cerita. So, buat mereka yang kenal-aku-tapi-sbenarnya-masih-tak-beberapa-kenal-aku, inilah aku..!!

Comments

  1. ehem ehem....credit sket...wakaka

    ReplyDelete
  2. ok la.... kredit kepada firdaus, supplyer citer siri ni kat aku....

    ReplyDelete
  3. ops... terkantoi sudah.....
    sampai sini ko godek2 blog aq.... x study kew? hehehehe

    ReplyDelete
  4. last2 dia kahwin ngan robin scherbatsky la faiz.. hahahhha

    ReplyDelete
  5. Tett tett tett.. sampai ke entri ni xD Masa mula-mula berblogging entri memang macam panjang giler :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha.. biasa la masa mula nk cari rentak sendiri..

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal