Blog dan iklan - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Blog dan iklan

7.2.22

Blog dan iklan


Memang dah lama sebenarnya aku seolah-olah berhenti seketika dari dunia blog. Sampai aku personal diri aku sendiri, layak ke aku bergelar seorang blogger? Hahaha.

Sejak aku baru buka balik blog aku, dan mula ber-blogwalking, aku mula perasan yang blog-blog kini tidak lagi seperti dahulu. Antara perubahan yang aku Nampak agak menonjol, blog kini lebih meriah dengan ruangan iklan. Terutamanya iklan dari google adsense. 

Blog dan iklan.

Bila aku perhati balik blog aku ni, Nampak “kosong” sangat dari sebarang iklan. Dulu ada la sedikit iklan nuffnang. Old school betul aku ni. Sekarang mana ada orang pakai nuffnang dah. Noob betol. Hahaha.. 

Aku rasa, semua ni berbalik kepada tujuan asal kita berblog. Kini aku berblog sekadar suka-suka, sekadar nak menulis. Tak mengharapkan pulangan dan habuan pendapatan dari blog.

Sebab tu sekarang ni aku pun dah buang semua iklan yang ada. Nampak “suci” sikit. Pageview, follower pun aku dah tak kejar dah. Kalau ada pembaca, adalah. Kalau ada orang yang nak komen, Alhamdulillah.

Apa yang korang harapkan dari blog?


10 comments:

  1. Selamat kembali berblogging
    Blog tempat iena share apa yg iena nak share bila ada masa terutamanya. Kalau takde maa memang takde update pun.Dlm masa sama iena mmg letak iklan dari affiliate.. Google ads pn ade..haha kalau ada rezeki ada..Just biarje iklan tu Insya Allah ade income..Mcm iena affiliate yg bnyk dpt sebab selain letak dekat blog iena pun share dekat facebook dan insta story

    ReplyDelete
  2. Takde sebarang harapan. Hahaha... Kalau rakan-rakan update blog, kita baca. Blog sendiri pun dah sendu lama. Blog list pun lama tak update.

    ReplyDelete
  3. lapang ja blog tanpa iklan kan..macam blog kak heh..heh

    ReplyDelete
  4. Kita hrpkan dpt beri org jwpn @ info @ pengalaman yang sama dengan yg kita lalui.. sb jenis kita pun nak apa2 akan cr dan baca dr blogger2 lain... kdg kalau byk iklan blog jd sarat juling mata nak tapis iklan dr post 😅

    ReplyDelete
  5. bergantung pada rezeki pha is. mam sendiri skrg tak kejar income blog tapi kalau ada org approach baru mama ambil job, itu pun kalau sesuai dgn jiwa hihi

    ReplyDelete
  6. Blog bagi saya adalah tempat untuk saya share benda yang saya minat.. yang perlu untuk tulis panjang lebar.. media social lain terbatas sedikit. Saya serve adsense n affiliate exabyte.. apa salahnya sambil menyelam, minum air.

    ReplyDelete
  7. Saya berblog pun suka2 tapi bila dapat duit adsense pun rasa happy jugak. Jadi letak iklan adsense dengan harapan boleh generate income sambil menulis secara suka2 curahan hati di blog.

    ReplyDelete
  8. dulu gilakan follower, sekarang tak dah. berblog sebab masih ada rasa suka menulis dan bercerita

    ReplyDelete
  9. tak harapkan apa2 dr blog. kalau ada pendapatan tu kira bonus. boleh masuk dlm tabung haji anak asb anak gitu. tp yg utama nk share ilmu dgn pembaca

    ReplyDelete
  10. Ammi berblog sbb minat. dr 2006 dah mula berblog. Pasang iklan diblog untuk income tambahan "untung sabut timbul, untung batu tengelam" gitulah konsepnya. buat untuk suka-suka, sebab tu ammi tak focus sgt utk SEO ke apa..

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com