6.5.19

Hadis Palsu Ramadhan


Salam ramadhan 1440H dan selamat menunaikan ibadah puasa. sambil-sambil tu boleh tambah ilmu sikit dengan hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan bulan Ramadhan. mana tahu lepas ni kalau terjumpa hadis-hadis sebegini, sekurangnya dah tahu yang hadis tersebut palsu.


Hadis Palsu Ramadhan


1. Doa Jibrail menjelang ramadhan


Doa Jibrail menjelang ramadhan:-
“Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad jika sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini:
1. Tidak minta maaf kepada kedua orang tua.
2. Tidak bermaafan dengan sahabat-sahabatnya.
3. Tidak bermaafan dengan orang sekitarnya.”
maka, Rasullullah pun mengaminkannya sebanyak 3 kali.

Komentar Dr Rozaimi : Ia hadis palsu. Tiada asal padanya. Berdosa besar sesiapa yang mereka-rekanya dan menyebarkannya.

2. Rejab Bulan Allah, Syaaban Bulanku, Ramadhan Bulan Umatku

hadis pertama :

 “Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.”

Imam al-Zahabi, Syeikh al-Saghani dan juga Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan bahawa hadis ini palsu

hadis kedua :

Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku, dan Ramadhan bulan Umatku,
maka sesiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah, yang agung dan ditempatkannya di surga al-firdaus yang tertinggi
Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia
dan sesiapa yang berpuasa 3 hari dari bulan Rejab maka Allah akan menjadikan antaranya dan neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan
dan sesiapa yang berpuasa 4 hari dari bulan Rejab maka ia diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-masih dajjal dan azab kubur
Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 6 hari, keluarlah dari kuburnya dan wajahnya satu sinaran dari bulan malam purnama
dan sesiapa yang berpuasa 7 hari, maka sesungguhnya pada [neraka] Jahannam ada 7 buah pintu, ia ditutup oleh Allah terhadapnya dengan puasa setiap hari sebuah pintu dari pintu-pintunya
dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 8 hari, maka sesungguhnya pada Jannah (syurga) ada 8 buah pintu, ia dibuka untuknya dengan puasa setiap hari sebuah pintu dari pintu-pintunya
dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 9 hari, dia keluar dari kuburnya dalam keadaan dia menyeru, “La ilaaha illa Allah”, maka tidak terbalas wajahnya melainkan dengan Jannah (syurga)
dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 10 hari, Allah akan jadikan untuknya atas setiap [jarak] sebatu pada Titian Sirat, satu tilam, dia boleh berehat di atasnya.
dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 11 hari, tidak terlihat pada Hari Kiamat seorang hamba lebih baik darinya melainkan siapa yang berpuasa sepertinya atau lebih darinya
dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 12 hari, Allah akan pakaikannya pada Hari Kiamat dua helai pakaian, sehelai pakaian lebih baik dari dunia dan apa yang ada dalamnya
Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 13 hari, akan diletakkan buatnya pada Hari Kiamat satu hidangan di teduhan ‘Arasy, lalu dia makan sedangkan manusia dalam keadaan yang sangat susah
Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 14 hari, Allah akan berikan dia dari pahala yang mana tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar, dan tidak terdetik pada jantung manusia
Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 15 hari, Allah tempatkan dia pada Hari Kiamat ditempat Al-Aminin (orang-orang yang aman), maka tidaklah melaluinya malaikat muqarrab (yang rapat dengan Allah) dan tidak pula nabi yang diutus melainkan dia akan berkata kepadanya, “Untunglah kamu, kamu dan dari golongan Al-Aminin (orang-orang yang aman).

Perawi: Abu Sa’id Al-Khudri
Ahli Hadis: Ibn Al-Jawzy
Sumber: Maudhu’at Ibn Al-Jawzy
Jilid atau halaman: 2/576
Status Ahli Hadis: Palsu

3. Ruh orang yang meninggal akan kembali


“Roh kaum keluarga yang meninggal akan pulang ke rumah sama ada pada hari Khamis malam Jumaat, selepas genap 40 hari mayat dikebumikan, ketika bulan Ramadhan.”

Status : Tidak benar kerana bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah


wallahu taa'la wa a'lam

sumber : semakhadis.com

26 comments:

  1. Salam Ramadhan Kareem.

    Singgah sini BW balas kunjungan boss

    ReplyDelete
  2. Informasi skrng mmg mudah dan tak mustahil hadis2 palsu pun turut subur klu org ramai tak rujuk betul2 kesahihannya. T kasih atas perkongsian ini... salam Ramadan kareem.

    ReplyDelete
  3. nice sharing. ramadan kareem bro.

    ReplyDelete
  4. memang byk hadis palsu ttg ramadan smpi kan imam terawih pun ikut baca sekali sebelum solat terawih (hadis fadilat terawih pada malam pertama hingga akhir)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betapa hal ini ramai yg pandang ringan..

      Delete
  5. SALAM RAMADAN PERKONGSIAN BERMANFAAT

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan Pha Is, terima kasih atas perkongsian. Banyak yang palsu tapi ramai ikut tanpa sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab sikap tak nak semak n check dulu hadis sebelum sebarkan... sbb tu hadis palsu bermaharaja lela

      Delete
  7. Selamat Berpuasa.
    Ada banyak pun yang tak make sense.

    ReplyDelete
  8. Oh, baru saya tau hadis kedua tu hadis palsu. Terbaik perkongsian ni..

    ReplyDelete
  9. salam ramadan. semoga perkongsian ini memberi keyakinan lagi untuk kita terus beribadah di bulan ramadan ni

    ReplyDelete
  10. bagus perkongsian ini. banyak hadis palsu

    ReplyDelete
  11. hai...lama juga Pha is tak update hahahaha ini kira balas komen pha is yang dulu kekeke

    ReplyDelete
  12. Dulu, hadis palsu #3 tu yg selalu disebut2... Mmg byk betul hadis palsu, dan ada jg yg bersifat motivasi. Cth : "Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China." Salah satu yg tlh motivate akak utk belajar bersungguh2.
    Selamat Berpuasa! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi matlamat x menghalalkan cara.. walaupun niat baik, tetap x bleh berdusta atas nama nabi..

      Delete
  13. Ramadhan Kareem.
    Itulah dulu Mrs. A pun tak tahu yang no 1 tu hadis palsu.
    Nice sharing.

    ReplyDelete
  14. Berhati-hati dengan hadis-hadis palsu ramadhan ni.

    ReplyDelete
  15. risau plak nk percaya..kadang2 kawan2 wasap forward je ntah tak tahu palsu or tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya kalau kita tak tau.
      senang cerita, xpasti jangan kongsi..

      Delete