FLY KE TOKYO BERSAMA SINGAPORE AIRLINES - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: FLY KE TOKYO BERSAMA SINGAPORE AIRLINES

25.5.19

FLY KE TOKYO BERSAMA SINGAPORE AIRLINES


Dengan banyak company airlines yang ada sekarang ni, korang dah boleh expect confirm akan ada perang harga dan servis. Perang harga ni sebenarnya benda yang sangat menguntungkan kita. Contohnya, kalau korang nak lagi untung, korang boleh cuba cari cheap flights to Tokyo. Kat situ korang akan dapat banyak web yang offer harga yang paling best giler yang amat! Nak lagi best korang try kat Traveloka sebab kat Traveloka ni korang boleh buat comparison harga antara airlines. Sangat senang dan best!

FLY KE TOKYO BERSAMA SINGAPORE AIRLINES 


Sebut pasal jepun, sebenarnya Negara ni Negara yang pertama aku teringin nak pergi. Kira wishlist la ni. Sebab aku teringin sangat nak tengok budaya diorang, dengan teknologi canggih, shinkansen (bullet train), dan termasuklah tandas yang giler canggih, siap ada muzik!

 

Bagi geng otaku (peminat anime) macam aku pulak, of course kat sini syurga anime! Member aku cakap, Akihabara wajib pergi kalau korang peminat anime. Boleh cuci mata tengok figura anime yang lawa-lawa, buat tambah koleksi ke, tak pun layan budak-budak jepun ber-cosplay. Ala, yang orang pakai baju macam dalam watak anime tu.. boleh bergambar sekali!

 

Tapi, selain benda-benda “moden” macam ni, aku pun teringin jugak nak tengok tradisional side of japan. Budaya diorang, rumah tradisional, tokong-tokong lama, terutamanya taman jepun (Japanese garden). Lawa kot. Kat Malaysia pun ada, aku pernah pergi kat Bukit Tinggi. Tapi member aku yang pernah pergi jepun cakap, yang kat jepun punya lawa lagi, jauh panggang dari api kalau nak bandingkan Japanese garden kat Malaysia ni.

 

Contohnya di Asakusa, ada taman yang sangat cantik, dalam kawasan tokong yang agak terkenal, Senso-ji Temple. Tokong tu pun lawa. Selain tu, kat Meiji Jingu Shrine pun aku teringin nak pergi sebab nak tengok pintu gerbang besar untuk memasuki kawasan tokong kat situ. Kalau bernasib baik, boleh tengok majlis perkahwinan tradisional Jepun yang selalu diadakan kat situ.

 

Antara filem yang buat aku berminat nak ke jepun antaranya adalah “The Last Samurai” lakonan Tom Cruise. Filem tentang kisah samurai, yang khabarnya dari true story. Samurai wei, siapa yang tak minat. Dengan baju perisai diorang, dengan katana lagi, memang awesome. Kalau aku ke jepun, konfom aku akan ke Samurai Museum yang terletak kat Shinjuku-ku. Boleh tengok pameran perisai yang disusun mengikut zaman, dari zaman Muromachi (1336-1573) hinggalah ke zaman Edo (1600-1868).

 

Kat situ jugak terdapat pelbagai jenis pameran yang terdiri daripada pameran pedang samurai, helmet kabuto, perisai yoroi, senapang dan banyak lagi. Boleh jugak tengok demonstrasi pedang Samurai, dan yang paling best sekali, boleh cuba memakai perisai samurai Jepun!

Sugoi!

*(Sugoi すごい (凄い) : amazing!, awesome!)

FLY KE TOKYO BERSAMA SINGAPORE AIRLINES 


Pendek kata, macam-macam la yang aku teringin nak tengok kat jepun tu. Dulu aku hampir-hampir dah nak follow member aku yang kaki travel ni, ikut dia ke jepun. Plan punya lama antara kami bertiga, tapi last-last kawan aku tu dia pergi sorang je. Sebab sorang lagi ada hal.

Aku pulak? Sebab masa tu tetiba aku nak pakai duit untuk nak kahwin! Hahaha.. kalau tak, dah merasa la ke jepun. Mungkin tak ada rezeki lagi masa tu. Tengok la nanti kalau ada rezeki, mana tau kot-kot nanti boleh pergi dengan anak bini. Tunggu Ali besar dulu la. Senang sikit nak travel.

Tapi tu la, orang kata kalau nak travel ke jepun ni, kos kena tinggi sikit, sebab perbelanjaan kat sana sangat mahal. Itu apa yang member aku yang kaki travel ni bagitau la. So, dah kena start mula menabung dari sekarang la nampaknya. Walaupun macam lambat lagi je nak ke sana. Hahaha..

Pilihan travel aku nanti, semestinya dengan traveloka. Kenapa kat Traveloka? Sebab kat sini payment senang, deal senang, nak cari harga pun senang. Lagipun, Macam-macam promosi ada kat situ. Contohnya, sekarang ni ada online Singapore airlines promotion.  korang go ahead ke Traveloka and boleh find out kat situ. Segala-galanya senang.

21 comments:

  1. Jepun memang best..moden + tradisional..

    ReplyDelete
  2. Besnya gi tokyo jmpe naruto hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. naruto cosplay kat malaysia pun ada.. hehehe..

      Delete
  3. ramai ckp singapore airlines mmg best. KL -S'pore pun dah ckp kalau nk merasa tp tu laa tambang dia warghhhh

    ReplyDelete
  4. Wahhh bestnya kalau dapat pergi tu

    ReplyDelete
  5. Teringin juga nak ke tokyo dan dgr ramai juga ckp singapore airlines mmg paling selesa dan berbaloi. Salam Aidilfitri buat bro sekeluarga. Maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga hajat tercapai..
      salam aidilfitri

      Delete
  6. seronok la Tokyo... teringin nk ke sana utk tgk sndiri tahap kebersihan dan gaya hidup mereka yg selalu tepati masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaann.. giler, kalau sampai dalam longkang pun boleh bela ikan koi, mememang hebat la..

      Delete
  7. nanti kalau dah pi jgn lupa share keychain na. hehe

    ReplyDelete
  8. Yup, otaku wajib pegi Akihabara! Kena kumpul duit sbb Tokyo tu luas, byk tpt2 menarik & brgn pun blh tahan mahal. Mudah2an hajat tercapai. :D

    ReplyDelete
  9. Bilalah mama.nak.sampi Tokyo ni

    ReplyDelete
  10. xpernah sampai jepun gak lagi...

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com