8.11.18

Honda CBR650R menggantikan Honda CBR650F?

Honda CBR650F 2019

Semalam tengah asyik aku rehat di bertam moto gear sementara menunggu  #GadisBertudungBiru aku tengah ber-spa, tetiba pak din (tokey kedai) tanya aku.

GadisBertudungBiru berspa

“hang dah tengok moto CBR650 yang baru? Sekarang dah taka da CBR650F dah. Depa tukar dengan CBR650R. Lampu depan ada dua. Lawa bukan main. Macam fireblade.”

“Serius la pak din?”

Lantas aku pun google. Yup, dah diperkenalkan di Eicma 2018, Honda CBR650R 2019 ni. Ada beberapa improvement termasuk peningkatan power, khabarnya bagi menggantikan CBR600RR yang dah stop pengeluaran.

Honda CBR650F 


Honda CBR650F 2018

Fuh, kalau masuk Malaysia ka, memang sempoi ah. Dulu Honda CBR650F ni antara moto idaman aku kalau nak upgrade cc. Sebab aku target nak upgrade bilangan silinder ja. Cc moto aku tak kisah sangat, sebab tu target middle weight sportbike ja. Sebab nak bunyi sedap ja. Kalau nak ligan speed, laju-laju nak pi mana? Hahaha..

Honda CBR650R 2019


Honda CBR650R 2019


Antara penambah baikan dalam Honda CBR650R berbanding CBR650F dari segi luaran termasuklah twin LED headlamps, full fairing yang nampak enjin, sporty fuel tank, dengan stubby silencer.

Honda CBR650R 2019 LED headlamp

Selain tu riding posture pun lebih aggressive. Clip-on handlebar yang baru ni dah dijauhkan sebanyak 30mm dan dah diturunkan. Foot rest pun dah ke belakang sikit sebanyak 3mm dan dinaikkan sedikit sebanyak 6mm. So, memang lebih menunduk la posisi badan.

full fairing yang nampak enjin

Dari segi enjin, RPM ditingkatkan sehingga 12,000 rpm dengan power sebanyak 95PS, peningkatan 4PS dari CBR650F, dan peningkatan torque sehingga 64Nm.

Dari segi handling, Honda CBR650R dilengkapkan dengan Honda Selectable Torque Control, Traction Control, ABS, dan slipper clutch. Dan disebabkan berat dah dikurangkan sebanyak 6kg, power-to-weight ratio Honda CBR650R ni meningkat sebanyak 8%!

kalau masuk Malaysia la, fuh..

sumber dan rujukan :
1. Nithyanandh Karuppaswamy. (2018 Nov 7). New Honda CBR650R debuts with 95 PS at 12k rpm engine – India launch 2019. Rushlane.
dipetik dari https://www.rushlane.com/new-honda-cbr650r-debut-india-launch-12286762.html
2. Richard Newland. (2018 Nov 6). Eicma 2018: Honda reveal 2019 CBR650R. MCN.
dipetik dari https://www.motorcyclenews.com/news/2018/november/honda-cbr650r-2019-unveiled/


28 comments:

  1. Replies
    1. walaupun 1 huruf ja, tapi impak dia besar. R selalunya merujuk untuk racing, untuk kelajuan manakala F dalam hal ni merujuk kepada perkataan Fairing, yang menunjukkan moto tu ada fairing, cover yang tutup enjin, menjadikan dia jenis sportbike, bukan naked.

      tapi penggunaan F ni lebih merujuk kepada sportbike yang jenis "lembut" sikit, tak seperti R yang lebih ganas.

      contohnya, CBR area 600cc yang lebih mengancam adalah seperti CBR600RR. bukan 1 tapi siap ada 2R (RR) yang merujuk kepada "racing replica"

      sekarang RR tu dah stop pengeluaran. jadi bagi nak mengisi kekosongan disitu, dia naik taraf F supaya menjadi R.

      Delete
  2. Tudia.. nampak bezanya kat situ.. Tapi jangan pula nak curang ngan gadis bertudung biru.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrr... Err... Bukan curang, cuma jodoh mungkin x panjang.. Eh.. Hahahaha

      Delete
  3. MESTI DUK KIRA DUIT NK SAMBAR SEKOR TU HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. lepas kira2, macam lambat lagi je boleh angkat.. hehe

      Delete
  4. Hebat model baru tu. Tentu harganya hebat juga . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. harga x keluar lagi.. x tau la. kita tegok nnti macam mana.

      Delete
  5. cantik...tpi ada orang dah beralih arah ke goldwing la plak...

    ReplyDelete
  6. Hurm... hanya peminat sportbike jer... yang faham ni hhuhuuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x minat pun, mana la tahu bila baca ni terus minat.. hehehe

      Delete
  7. Mmg menarik.. nampak lebih power dan cool!

    ReplyDelete
  8. uiiiii dari jauh dah boleh nmpk makwe ni😄

    ReplyDelete
  9. Lawa betul.. Seksi.. tambah tambah warna merah.. pergh!! Mengancam..

    ReplyDelete
  10. mantapnya.. kereeen betul ini tunggangan.

    ReplyDelete
  11. Kalau masuk Malaysia tu agak2 berapa K harga? Nangis rasanya nak bayar bulan2..huhu

    ReplyDelete
  12. moto dh nampak seksa. hahaha... apa pun honda memang cun

    ReplyDelete
  13. Seksinyaa..merah you! Klau pink mesti lagi sweet 😬

    ReplyDelete