20.4.18

Blogger Lepas Kahwin Senyap


Blogger Lepas Kahwin Senyap


Sudah ada yang perasan dan cakap yang sejak dah kahwin ni, aku macam senyap terus dari social media. Tu apa yang dia Nampak la, dari facebook, twitter dan instagram. Yang blog ni dia tak Nampak lagi.. berhabuk dah.. Hahaha..

Aku rasa trend ni bukan aku sorang je yang jadi. Ada jugak aku perasan beberapa orang blogger yang lepas kahwin, dia senyap. Antaranya blogger Ima Razak, pemilik blog tmawife.blogspot.my

(tapi tadi aku baru pergi ke blog dia, rupanya sekarang dia dah aktif balik.)

Sekarang aku nak tengok blogger aktif yang tak lama lagi akan kahwin, sama ada dia senyap atau tak. Antara yang aku tau akan kahwin tak lama lagi, blogger Cik Mai pemilik blog noormaizan.com

Sebelum Dan Selepas Kahwin : Priority



Benda ni normal sebenarnya. Manakan sama kehidupan sebelum dan selepas kahwin. Mesti ada beza. Terutamanya dari segi priority kehidupan. Kalau dulu, member ajak lepak mana-mana bila-bila masa, semua on je. Sekarang nak kena tengok jadual, nak kena Tanya pasangan, dan sebagainya.

Macam tu la dengan blog. Tapi aku ni lain sikit. Sampai bini sendiri pun Tanya aku, bila aku nak update blog? Hahaha.. bertuah blogger macam aku ni dapat bini macam dia. Heheee..

So, aku pun tulis la entri lalu mengupdate blog. Tadaa..!!! just a simple entri. Malas nak kupas isu-isu berat lagi.

42 comments:

  1. Macam saya pula lepas kahwin baru aktif.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik bini tanya bila nak update blog, kalau tak bersawang la yer...

    ReplyDelete
  3. Hahaha tu la..kita tgk nnt nak senyap ke tak, hahaha.

    ReplyDelete
  4. betul dah tu bab priority. masa yang kita spend untuk aktiviti harian dan tak sama. lepas ni, bab responsibility pulak. utk part-time blogger macam aku yang tulis sekadar suka2, kadang tu susah untuk luangkan masa untuk menulis blog macam dlu. tak caye, cuba check blog aku. wakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x payah check.. selalu sangat pi sana, x de update.. hahaha

      Delete
  5. Nanti tengok masa ada anak.. camane gaya updatenya pulak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. jauh sangat tuh.

      Delete
    2. Takpe.. slow n steady.
      Macam akak.. banyak simpan dalam draft, akhirnya tersimpan dalam tu tak berusik tak publish kan.

      Delete
    3. saya draft pun x ada.. hahaha

      Delete
  6. SLMT PNGNTIN BARU PHAIS SPTUTNYA LPS KHWIN MSTI TMBH BRSMNGT UPDATE N3 SBB BNYK MAI ILHAM BARU

    ReplyDelete
  7. bila priority dah berubah....planning pun turut berubah....

    ReplyDelete
  8. bila dah kawen, banyak komitment lain yang lebih penting

    ReplyDelete
  9. kalau isteri dah tanya tu hahhhh apa lagi? ;-)

    ReplyDelete
  10. Skrg ayat pn nmpk lain manis je baca hehehehehehe lepas hbs honeymoon byk sikit masa phais tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ye ker? hahaha.. x de la .. sama ja..
      kita tengok nanti macam mana..

      Delete
  11. mantap. selamat berbulan madu kawan

    ReplyDelete
  12. Haha tu standard. Kena ambik mood balik

    ReplyDelete
  13. hihi, baguih no bini phais, jgn lupa perkenalkn kat kami, ngee..

    ReplyDelete
  14. hihi kira baguih la tu bini tanya bila nk update. kami hat bujang ni takdak sapa nk tlg tanya :P

    ReplyDelete
  15. Salam berblogging dan selamat menempuh alam berumahtangga. Salam ceria selalu :)

    ReplyDelete
  16. bini pun kaki baca blog mana tak sporting hahahha

    ReplyDelete