12.2.18

Ride | Gunung Jerai


Gunung jerai sememangnya gunung yang paling popular di negeri Kedah. Zaman dahulu, gunung jerai jadi penanda para kapal berlabuh di pelabuhan kerajaan kedah tua. Masa aku naik feri dari langkawi straight ke penang pun dah boleh Nampak jelas gunung jerai dari arah laut.

Gunung Jerai dari arah laut. Gambar diambil semasa aku atas feri dari langkawi straight ke penang (3 jam). untuk cerita penuh : Feri Tsunami : The Series

Tapi sekarang, apa yang ada di gunung jerai?


Ride jalan gunung jerai route 252



Baru-baru ni lepas balik dari kenduri aku berkesempatan ride dengan #gadisbertudungbiru mendaki gunung jerai. Mendaki secara ride melalui jalan tar, jalan 252. Bukan hiking masuk hutan yer.

Ramai orang cakap jalan dia curam dan tak beberapa elok. Tapi bagi aku, macam okay je jalan naik ke gunung jerai. Tak ada la curam sangat. Lebih kurang macam jalan ke Genting Highland je. Cuma jalan agak sempit sikit. Tapi still okay.

Jalan tar pun tak rosak dan berlubang banyak. Boleh sedap turun layan koner lagi. Boleh tahan la kan. Jalan naik fraser lagi teruk. Cuma pada bahagian selekoh tajam u-turn curam je jalan dia tak best. Yang lain, memang layan!


Kalau ada kereta pun tak risau sebab jalan dia ada banyak bahagian yang jalan lurus. Tak semua bengkang-bengkok koner rapat. Jadi, ada tempat yang senang potong.

Aku rasa tarikan utama kat atas puncak gunung jerai ni tak ada apa sangat. Ada muzium dan food court, tapi food court tu macam tak beroperasi je. Yang ‘hidup’ pun kat atas tu Cuma The Regency Jerai Hill Resort.

The Regency Jerai Hill Resort.



Tapi permandangan resort ni  memang cantik. Nampak sawah padi dan laut dari atas gunung. Masa aku dok sembang dengan pak guard kat situ, dia kata selalunya berkabus. Cuma hari yang aku pergi tu je cuaca panas (25 darjah celcious). Tapi bagi aku still sejuk nyaman.


Sebab food court kat atas tu tak hidup, aku pergi la minum dekat restoran dalam resort tu. Memang layan pekena kopi kat situ sambil tengok permandangan dari atas gunung. Cuma biasa la, harga hipster. Tambah plak resort, harga hotel. Secawan kopi RM12. Boleh la sekali seumur hidup.

Telaga tok sheikh (route 274)


Selain resort ni, aku rasa terikan yang akan menarik kat atas puncak gunung jerai ni adalah kewujudan telaga tok sheikh dan beberapa kisah mistik dan keramat tentang tok sheikh ni. siapakah tok sheikh yang dimaksudkan? Nanti aku cerita lain..

Bersambung > Telaga Tok Sheikh (akan datang 19 feb 2018)


p/s : #38HariMenantiCinta

30 comments:

  1. Tudia.. lama gak Yun Sing tak pi travel tempat camni.. last dua bulan lepas pi Genting Highlands..

    ReplyDelete
  2. Memang cantik pemandangan kat atas gunung Jerai.

    ReplyDelete
  3. xaci...k.sha nk p jgk..tp belum masa lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bila free boleh la try.. senang je jalan dia..

      Delete
  4. ehh ehh, Cik Kepeng pun baru jugak pergi Gunung Jerai haritu, kalau tak silap 1 february.. haaa, sampai ke telaga tok sheikh haa kami redah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. jalan ke telaga tok sheikh tu ya, memang susah sikit sebab sempit.. cayalah..

      Delete
  5. dah beberapa kali sy melewati kaki gunung jerai tp x smpi2 jg ke puncaknya...

    ReplyDelete
  6. tak pernah sampai lg.. ada lah kawan study keja hotel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. nina ni kabel banyak nih.. semua tempat ada mmber kerja kat sana..hahahaha

      Delete
  7. pernah sampai pun masa umur 14 tahun...dah dekat 15 tahun dah xpergi sana
    hahaa..tapi best sebab tengok sawah padi cantik gila
    kalau kerajaan negeri kedah buat macam dekat jepun yang sawah padi ada lukisan anime apa bagai tu....confirm gunung jerai tu hidup..
    tapi tak silap ari tu diorang cakap ada ladang strawberry dekat situ...xsure lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu pulak pasal ladang strawberry tu.. tapi ya, permandangan sawah padi dari puncak gunung jerai memnag sempoi..

      Delete
  8. nama ja org kedah ni, gunung jerai pun belum pernah sampai acaner..hihi..

    ReplyDelete
  9. salam singgah sini. cantik pemandangan ..tak pernah sampai sini

    ReplyDelete
  10. Ride solo aje ke?

    Nice view di puncak gGunung Jerai tu ya

    ReplyDelete
  11. perghhh jalan nak ke Jerai kona baring jugak ni..

    ReplyDelete
  12. Apa2 pun view memang cantik! Terbaeklah..tak sia-sia kona baring..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepuasan dia kat korang baring.. view cantik sebagai tambahan.. hehehe

      Delete
  13. Tapi, betul ke orang cakap gunung jerai ni 'keras' sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu a'lam.. tapi memang banyak cerita2 yang macam tu..

      Delete
  14. Gunung Jerai ni mmg femes tapi aku pun belum sampai ke sini lagi.. teringin juga nak ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada jodoh nnti sampai la tuh.. hehehe

      Delete
  15. Sebab food court kat atas tu tak hidup? kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla.. sebab orang yang naik pun x ramai.. lagipun view kat resort tu lagi cantik.. maybe sebab tu orng selalu pi yg kat resort je..

      Delete