11.11.16

Soalan Math 1

rasanya dalam baru-baru ni aku ada terjumpa soalan math ni kat internet. agak menarik sebab pecoh pale aku pikir tak jumpa cara nak jawab soalan ni. serius rasa tercabar. siang malam aku pikir, last-last aku give up. 

tapi bila tengok jawapan, "la... macam tu je rupanya." 

Soalan math 1


korang pernah rasa tak macam tu? kalau nak try rasa feeling dia tu macam mana, try juawab soalan ni:

soalan : jika kedua-dua bulatan dalam segi empat tu, radius = 1 meter.
berapa keluasan kawasan yang berwarna merah tu?

okay, aku bagi peluang kat korang jawab. aku bagi masa sampai weekend ni. hari isnin tepat pukul 7 pagi aku akan autopublishkan jawapan dia. hehehe..

senang je sebenarnya. level spm pun dah boleh jawab. cuma kena kreatif sikit la. hehehe.. tapi sedihnya aku tak berjaya jawab walaupun math subjek feveret aku masa SPM dulu. hmm..   

sapa boleh jawab, dia memang pandai. hehehe.. aku cabar nih!

18 comments:

  1. kalau soalan camni garu kepala dlu...

    ReplyDelete
  2. xingat formula luas bulatan..grrrr

    ReplyDelete
  3. cis, selaku bekas power ranger pink masa sekolah menengah dulu, aku memang pantang dicabar! nah ini jawapannya.

    0.0782 meter persegi.

    aku 99.999% pasti betul. nanti aku bagitau macamana aku dapat jawapannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dapat 0.679 meter persegi..
      tak pe, cuba publish entri untuk jalan kira tu lepas tu bagi link kat komen kat sini..
      sebab saya pun tak ada skema jawapan. saya tengok cara dapat jawapan je (step by step apa yng perlu dicari nk macam mana nk cari). part jawapan saya tak tengok pun.. bagi saya yg penting cara kira tu...hehehe

      so, boleh jadi final answer saya tu silap....

      nnti share jalan kira tau!

      Delete
    2. sebenarnya aku takde jalan kira pun. guna mouse dengan keyboard je. hahahaa... (kira cheating la ni)

      Delete
    3. err.. setelah saya kira balik sebab jawapan 0.678 tu tak masuk akal, rupanya ada silap sikit kat jalan kira.. jawapan akhir saya adalah 0.08 meter persegi.. hahaha

      Delete
    4. eh.... eh...
      jawapan SmBotak tu hampir sama la dengan jawapan saya, sebab saya dah bundarkan..

      0.08 dengan 0.0782

      waa.. mohon tunjuk macam mana cara dapat jawapan tu..

      Delete
  4. SAMALE DGN JWPN SMBOTAK TU HEH..HEH..MENIRU LE TU

    ReplyDelete
  5. subjek fav ni .. tapi y ni just taktik.. bukan ada formular.. hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia xde formula specifik, tapi ada beberapa formula yg kna guna utk dapat jawapan.. KBKK la kiranya.. or budak sekarang sebut KBAT.. hahaha

      Delete
  6. kenapa tak berjaya jawab? ada problem ke ms tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x berjaya sbb masa tu x de scientific calculator.. pakai calculator fon je.. sbb tu x dapat jawab.. hehehe

      Delete
  7. Ni ke soalan nya? Angkat kedua: tgn dh surrender awal

    ReplyDelete
  8. Cuba juga nak jawab soalan ni. Selain dari jawapan kaedah pengiraan yang Pha Is dah bagi, masih ada kaedah pengiraan lain. Kena kreatif guna formula2 matematik utk dapatkan jawapan

    ReplyDelete