baru-baru ni agak ramai ahli farmasi yang share sebuah keratan akhbar tempatan yang mendakwa kononnya gaji bagi graduan farmasi yang baru bekerja adalah yang tertinggi. RM3640.00!


Farmasi Gaji Tertinggi?


dulu, pernah jugak keluar "data" yang sama dari jobstreet, yang jugak mendakwa gaji fresh graduate farmasi yang tertinggi di malaysia. mengalahkan doktor plak tu..! doktor nombor 4. budak medic yang baca ni mesti geram. hehehe.. 


tapi sebenarnya indah khabar dari rupa jauh panggang dari api. macam mana entah boleh terlebih. bukan sikit, tapi jauh nau bezanya. diorang silap terkira sekali dengan elaun kot...

Berkhidmat Bukan Kerana Gaji


dulu, sebab utama kenapa aku berminat nak belajar farmasi bukan kerana gaji. tapi sebab dorongan cikgu kimia kat sekolah aku yang berjaya membuatkan aku minat kimia dan minat farmasi.

jadi, kalau ada yang terbaca pasal data atas tu dan terus rasa minat nak ambik kos farmasi, abaikan je la minat tu. pergi main jauh-jauh. pergi ambik kos lain.

muhong je data tu.. nanti korang menyesal plak sebab ambik kos ni bila dapat gaji nanti.

aku sekarang pun bila on the way nak ke hospital, niat siap-siap dalam hati. aku bukan pergi bekerja, tapi pergi berkhidmat..