pada 20 Disember yang lalu, aku berpeluang menghadiri kenduri kahwin sahabat sekuliah aku si Husni dan pasangannya yang juga merupakan rakan sekuliah kami, Izzati di kawasan kubang rotan, Alor Setar.

dapat jugak jadi pengapit simpanan. ambik berkat
masa ni pengapit utama tengah sibuk makan bubur gandum

senyap2 je diorang. kami rakan sekelas tak tau pun diorang ni berpasangan. tau-tau dah kahwin. apa2 pun, tahniah buat korang berdua. smoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga.

ni siap duduk sebelah pengantin atas pelamin lagi. kalau berkat pengantin tak lekat jugak, tak tau la.

kenduri kali ni sangat simple, tapi grand. kenduri seperti zaman aku budak-budak dulu dalam kawasan kampung. makanan dimasak secara gotong royong sesama orang kampung. lepas tu ada 'team basuh pinggan' oleh budak2 kat tepi khemah.

juadah pun ala-ala tradisional. ulam-ulam, sambal belacan, ikan kering, dan yang special-nya, ni first time aku pi kenduri makan buah putat..! ko hado..?

grand sebab ada perarakan pengantin dengan diiringi kumpulan Nobat*. lepas tu, siap dengan persembahan silat. bukan satu dua persembahan je. at leat 5 persembahan kalau tak silap aku. antara yang aku perasan, ada persembahan dari silat gayong fatani. gendang dan serunai silat plak pakai muzik live..!

simple, tapi grand..

p/s : kalau dulu bila ke kenduri kahwin member, mula la meroyan bila mengenangkan nasib diri yang masih solo. tapi sekarang dah tak heran dah. dah immune..


kosa kata :

nobat :
1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyi­an sekalian;
2. sj pancaragam Melayu yg ber­­main ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun ber­henti­lah;
3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara;

naik nobat :
a) ditabalkan menjadi raja;
b) Mn menjadi pengantin (kahwin);

(sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4)