21.7.14

Sejarah Malam Tujuh Likur

pernah dengar istilah "malam tujuh likur"? korang tau tak apa itu malam tujuh likur? ke, korang tak pernah dengar langsung?

apa yang aku faham, malam tujuh likur ni adalah malam yang ke-27 dalam bulan Ramadhan. dan pada malam ini mengikut adat orang melayu dulu-dulu, orang kampung mula memasang pelita di sekitar kawasan rumah mereka.

malam tujuh likur, salam aidilfitri
persiapan pelita kat rumah aku untuk tahun ni

tahu tak sejarah dan kenapa kalau mengikut adat, orang melayu dulu-dulu pasang pelita bermula pada malam tujuh likur (malam 27 ramadhan) ni?

Sejarah Malam Tujuh Likur


hari raya, malam ramadhan, lailatul qadar

mengikut apa yang aku pernah dengar mak aku cerita masa aku kecik-kecik dulu, malam 27 ramadhan ni adalam malam dimana 'high possibility' nak dapat malam Lailatul Qadar. maka, jika tepat malam tu jatuh malam Lailatul Qadar, malaikat akan turun dari langit

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka....
(Al-Qadr 97:4)

maka orang melayu dulu-dulu suka pasang pelita kat rumah diorang pada malam ni. kononnya pelita tu tujuannya untuk nak tunjuk jalan kat para malaikat supaya singgah kat rumah diorang membawa keberkatan.  dulu-dulu kan tak ada lampu jalan. so, kalau ada pelita ni, dapat la tolong suluh jalan untuk para malaikat supaya mai singgah rumah diorang. kononnya la.. hehehe..


ini apa yang aku dengar. betul atau tau sejarah ni, wallahu a'lam.. tapi agak khurafat kalau difikirkan benda ni kan?

sekarang, rasanya orang dah tak pasang pelita dengan tujuan ni dah kot. macam kat rumah aku sekarang, pasang pelita sekadar suka-suka, sekadar nak memeriahkan 10 malam terakhir ramadhan. tak ada unsur khurafat, InsyaAllah..

salam lebaran hari raya

32 comments:

  1. Suka tengok kat kampung2, pasang pelita, rasa meriah sangat..

    ReplyDelete
  2. Kat kampung akak masih lagi pasang pelita..

    ReplyDelete
  3. Mcm best je kn...xde kampungg nk buat mcm niee :(

    ReplyDelete
  4. tapi kenapa orang melayu pasang pelita waktu malam tu memang bagus sebab memudahkan orang kampung nak berjalan pergi beriktikaf di surau atau masjid

    ReplyDelete
  5. sekarang ini orang pasang pelita ini mungkin trend kot

    ReplyDelete
  6. DULU2 MLM TUJUH LIKUR MERIAH BERSINAR DGN CAHAYA PELITA KERANA KAMPUNG MASA TU XDE LETRIK...KEGEMBIRAAN NK SAMBUT RAYA TAMBAH TERASA LAGI KALA MALAM...

    ReplyDelete
  7. hari ni baru aku nak siap2kan pelita, lampu liplap hang pasang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lampu liplap tahun lepas dah terbakar.. malas plak nk keluar cari baru.. heheh

      Delete
  8. Kawasan taman perumahan dah kurang pasang pelita..banyak lampu liplap je..

    ReplyDelete
  9. kalau niat setakat nak menerangi kawasan rumah dan memeriahkan suasana, insyaAllah tak khurafat.

    ReplyDelete
  10. Kat kawasan tempat tinggal zumal raya pun tak rasa cam raya tau... Teringin nak rasa suasana tu...

    ReplyDelete
  11. Ni yang tak sabar nk balik kampung ni. Hehehe

    ReplyDelete
  12. kita kat kl nie pasang lampu kelip2 jerr laa.. :)

    ReplyDelete
  13. Sekarang ni pasang pelita utk mendapatkan mood dan kemeriahan utk menyambut Raya jer... Salam Ramadhan...Pha Is :)

    ReplyDelete
  14. baru je pasang lampu kelip2...pelita belum lg....nak kena beli cangkul dulu. Nak korek tanah...

    ReplyDelete
  15. Klu dulu2 waktu2 mlm mcm ni mmg meriah dgn pelita... tp skrng dah berkurangan x spt dulu... Apa pun ia hanya sebagai pencetus mood utk hari raya yg lebih meriah kan... :)

    ReplyDelete
  16. Masa kecil keliling rumah ada tujuh likur...cantik sangat..sekarang dah tak ada..

    ReplyDelete
  17. dah jarang tengok org pasang pelita sekarang..

    ReplyDelete
  18. HAHA . Dekat umah sewa kekawan pasal pelita sebab nak main mercun/bunga api jeh :D

    ReplyDelete
  19. Kelakar cerita pelita dipasang untuk menerangi jalan agar para malaikat datang singgah rumah. hehehe

    ReplyDelete
  20. Balik kg nanti baru pasang banyak2 baru best

    ReplyDelete
  21. di tempat sis , pasang lampu 7 likur ni dah macam pertandingan . Setiap kampung akan pasang di jalan masuk kampung masing-masing dengan pelbagai corak . ada juga kampung yang pasang pelita disepanjang jalan ... memang meriah .

    ReplyDelete