dulu masa aku belajar sejarah tingkatan 1, pernah sekali member aku tanya cikgu sejarah kami masa tu, kenapa semua sultan kat tanah melayu ada gelaran "Shah" kat belakang?

"cikgu, sultan kat tanah melayu ni semua ada kaitan dengan ultraman ke? kenapa hujung nama diorang ada perkataan 'shah'? macam bunyi ultraman masa dia nak terbang je..."(shauki, 2003)

ultraman jerit masa nak terbang

dan semalam, aku ada terbaca satu artikel pasal sejarah "Melayu" kat laman FB. agak panjang artikel tu. antara input yang aku dapat, dapat tu ada cerita macam kenapa Sultan kat Tanah Melayu ni ada gelaran 'Shah' kat belakang nama diorang.

Maksud Gelaran Shah Pada sultan

sala silah sultan, kerajaan melayu kedah tua

menurut artikel tu, sultan pertama di alam melayu dan yang memakai gelaran "Shah" ni adalah sultan kerajaan Kedah Tua, iaitu Sultan Muzaffar Shah (I). Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

panjang lagi sebenarnya artikel tu. kalau korang rajin nak membaca bahan sejarah, boleh tengok kat link yang aku tinggalkan kat ruangan rujukan tu.

sumber dan rujukan :
Tok Mah Siko Maharisi. (2014 May 22). Ketahuilah asal usul kita; dipetik dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1473982439505193

p/s : mood berblog kebelakangan ni agak lemah sikit. mungkin sebab exam dah nak dekat kot. tapi nak kata sebab pulun study, mood study pun x de la kuat mana pun.. hmmm...