alhamdulillah, seorang lagi member sekolah menengah yang telah menamatkan zaman bujang. Tahniah buat Leftenan Muhammad Hakim Bin Hashim (a.k.a Ulu) dan pasangannya Nor Hashima Binti Azmi. Barakallahu lakuma wa baroka a'laikuma wa jamaa' bainakuma fil khair. semoga korang berdua berbahagia hingga ke syurga. amiin..

Leftenan Muhammad Hakim Bin Hashim dengan Nor Hashima Binti Azmi. 


budak mashoor, perkahwinan tentera,
bersama geng mashoor lelaki
malangnya, aku tak dapat nak duduk lama sikit kat situ sebab ada hal sikit kat usm. kalau tak boleh masuk dalam gambar ramai2 sekali dengan budak mashoor yang lain. ada yang datang petang sikit. yang tu lagi ramai..

perkahwinan tentera, hakim hashim, hashima azmi

Perkahwinan Seorang Leftenan


TUDM, graduan upnm, hakim hashim, hashima azmi

style jugak perkahwinan member aku tadi. beliau graduan dari UPNM (Universiti Pertahanan national Malaysia). kahwin pun ala-ala tentera gitu. siap berarak diiringi dengan pegawai tentera beserta dengan tiupan bagpipe. lepas tu, diorang berjalan dibawah pedang.


apa-apa pun, tahniah dan terima kasih la kepada tuan rumah. makan mewah aku lunch tadi. nasi biryani dengan gear box.. tu tak kira ayam golek lagi tu... hahahah.. alhamdulillah..


p/s : perkahwinan tentera, ada identiti tersendiri. tapi kalau perkahwinan ahli farmai, macam mana pulak yer.? tak kan la nak kahwin pakai lab coat. hahaha..