just nk share sebuah status FB dari junior budak farmasi aku. walaupun budak farmasi, tapi berjaya relatekan formula matematik dalam percintaan. so, cekidaut..

law of confession


malam semalam, aku bersembang dengan budak math final year, ntah macam mana ntah, terkeluar bab kahwin,( budak final year la katakan). tiba2 terkeluar satu soalan...

berapakah probability untuk sebuah confession tu berjaya?

dari situlah keluarnya teori matematik:

probability of a confession


p x q = r
p = confession lelaki
q = confession perempuan
r= hasil confession

basically, jawapannya adalah 0.25. sebab seandainya si lelaki dan si perempuan memilih untuk mendiamkan diri, probability masing2 adalah 0.5 . jadi 0.5 x 0.5= 0.25

tapi kalau si lelaki mengatakan ya, tapi si perempuan mengatakan tidak(atau sebaliknya). jawapannya adalah lebih teruk iaitu 0.
(1 x 0= 0)

sekiranya salah satu pihak memillih untuk berkata ya, dan satu lagi mendiamkan diri, hasilnya 0.5. masih ada harapan, namun separuh- separuh.
(1 x 0.5= 0.5)

hanya sekiranya kedua2 mengatakan ya barulah jawapannya menjadi 1.

jadi, dari formula ni, kita dapat faham kenapa ada yang memilih untuk mendiamkan diri atau menunggu. mungkin kerana mereka takut untuk ditolak, kerana mendiamkan diri tetap mempunyai probability (in other word, harapan) setinggi 0.25, walaupun ia tipis dan tak membawa kita ke mana2.

untuk sebuah perhubungan itu berjaya, risiko tetap perlu diambil, at least oleh sebelah pihak, (r = 0.5) jadi, macam mana pun, satu pihak mesti memulakan dahulu. sekiranya apabila kedua2 mengatakn ya, hasilnya cukup meyakinkan. (r =1)

this formula might oversimplify the real complex thing, dan memang banyak faktor2 lain yang memainkan peranan penting, tapi tak mampu diterjemahkan ke dalam formula math,(e.g: tahap kematangan, suasana dan peluang), tapi at least, ia dapat memberi gambaran sebenar probability of a confession. haha.


sumber dan rujukan
firdaus, et al. (2014 Mar 30). Law of Confession; Facebook Status. Retrieved from https://www.facebook.com/inna.ibadullah/posts/727744370598896