student universiti dan hutang PTPTN berpisah tiada. keluar je dari Universiti, kerja belum lagi, dah berhutang. kecuali la kalau ada tajaan biasiswa atau "PaMa". tapi aku rasa majoriti student U masih lagi bergantung hidup dengan pinjaman PTPTN.

Beli Kereta Ketika Belajar?


lepas tu sekarang ni, tak cukup dengan hutang PTPTN, boleh tambah dengan hutang kereta. belum kerja lagi, dah boleh berhutang untuk beli kereta. siap ada promosi lagi. kalau tak percaya, tengok sini : Who says you can't get your own car while studying?

 

memang tak dapat dinafikan, ada kebaikan promosi macam ni. tapi, aku rasa kalau masih belajar dan masih bujang, kereta ni sekadar kehendak kot. belum lagi keperluan. kalau stakat hidup dalam U, tak ada kereta pun boleh hidup. kalau macam kat usm ni, bas pun ada.

kalau perlukan transport jugak, moto pun okay dah. paling koman pun, basikal pun dah kira okay. ada je member aku sekarang ni berbasikal ke kelas. 

akhir kata, tepuk dada, tanya selera. korang rasa?