ada banyak aktiviti yang seorang blogger kena buat supaya blog beliau dikenali dan disinggah ramai pengunjung. antaranya blogwalking, join segmen, ping entri, dan sebagainya. kali ni aku cuma nak share cara aku ping entri. cara nak ping pun aku nak bagitau ke..?

tak de la. setiap blogger punya cara tersendiri untuk ping entri di laman sosial. tak semua orang ping entri dengan cara yang sama. cara yang aku buat ni aku pakai reka je, berdasarkan logik akal aku bagi memaksimakan "exposure" entri dalam blog aku kepada para pembaca.

Ping Entri Di Laman Sosial


biasanya, bila dah terbitkan entri, aku perasan ramai blogger akan ping entri tu dalam banyak group fb dan google+ serentak. maksud aku, kalau hari ni dia publish-kan entri bertajuk "cara nak kaya", maka pada hari tu jugak, dia akan ping entri tu pada semua group fb yang dia tau. serentak.!

tapi aku buat cara lain sikit. aku ping entri ikut level dengan cara "multi-level-ping" (MLP) - aku reka je nama ni... hehehe

Multi Level Ping


contohnya, korang boleh tengok senarai level-level tempat aku ping kat bawah ni :

level 0
fb  : wall sendiri, fanpage sendiri, blogr, twitter, dll
G+ : profil sendiri,

level 1
fb : kelab blogger BA
G+ : 2 all Bloggers! Promote your Blog here!

level 2
fb : Sahabat Blogger
G+ : Malaysian Bloggers

level 3
fb : Diari Sahabat Blogger
G+ : Malaysia Blogger Community 

level 4
fb : Kelab Blogger Belia
G+ : Kelab Blogger Malaysia

level 5
fb : Port Blogger
G+ : Sembang Blogger

contohnya, bila aku publish entri yang bertajuk "malam pertama", automatik aku akan ping entri tu kat level 0. Tapi bila aku publish entri yang berikutnya "malam kedua" (contoh), aku akan ping entri "malam kedua" di level 0 dan dalam masa yang sama, aku akan ping entri "malam pertama" di level 1.

sampailah bila aku terbitkan entri "malam keenam" dan ping entri tersebut di level 0, dalam masa yang sama :
"malam kelima" - level 1
"malam keempat" - level 2
"malam ketiga" - level 3
"malam kedua" - level 4
"malam pertama" - level 5

paham tak ni? kalau tak faham pun tak pe.. aku cuma share cara aku ping je. macam yang aku cakap tadi, cara yang aku buat ni aku pakai reka je, berdasarkan logik akal aku bagi memaksimakan "exposure" entri dalam blog aku kepada para pembaca.

itu cuma contoh je, cara ping yang aku buat. masing-masing ada cara tersendiri. ikut la korang nak ping cara macam mana sekalipun. ikut keselesaan..