masa aku ziarah member aku kat ampang bulan lepas, beliau sempat bawak aku keluar makan kat sebuah kedai burger bakar. nama kedai tu, kaw kaw burger bakar, terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju. menurut member aku tu, burger bakar kat sini lagi sedap dari burger bakar abang burn yang popular tu. so, aku ikut je la dah orang yang bawak.

ini je sign board yang aku nampak.
(coordinate : 3°12'23.07"N, 101°44'6.67"E)

kedai kaw kaw burger bakar ni simple je. sekali pandang macam warung burger kat tepi-tepi jalan tu. memang betul-betul tepi jalan pun, cuma ada tambah kerusi meja, kaunter cashier, dan kaunter sos (ala-ala KFC dan McD).

hari tu aku tak ingat aku order burger yang mana satu, sebab aku follow je apa yang member aku makan. yang daging seketul dan cheese 2 keping (double cheese la kot..). harga pun boleh tahan. 1 set (sekali dengan air dan sosej 2 batang) dalam RM13 macam tu.


daging kaw kaw burger bakar berat


dari segi rasa, kaw kaw burger bakar ni boleh tahan sedap. saiz pun okay. cuma kelainan yang aku perasan pada burger bakar kali ni berbanding burger-burger bakar yang lain yang pernah aku makan, ialah daging burger ni agak berat! aku tak sure berat dia berapa gram. rasa macam nak ambil penimbang, timbang daging dia kat situ jugak. padu isi dia.

dan lagi satu, ini kali pertama aku makan burger bakar sampai mengah. sampai tak larat nak habiskan (tapi last2 habis jugak, sebab aku pantang makan tak habis). sangat mengenyangkan. walaupun daging dia tak setebal daging yang aku pernah pekena kat KB Burger Bakar, tapi serius puas hati makan.

so, kalau berdekatan atau ada lalu area ni, boleh la singgah pekena kaw kaw burger bakar ni. tak rugi mencuba...

Burger Bakar Kaw Kaw (Main Branch)
Seksyen 2, Wangsa maju
Jalan 4a/27a,
Wangsa Maju, 53300,
Kuala Lumpur

rujukan :
http://burgerbakar.com
https://www.facebook.com/burgerbakarkawkaworiginal

entri burger bakar yang lain :
Hero Burger Bakar (penang)
KB Burger Bakar (kelantan)

p/s : dah lama tak buat entri jalan2 cari makan. sebab sekarang terpaksa berjimat. maklumlah, budak extend, biasiswa dah tak dapat. harapkan duit masuk wad jadi 'tikus makmal' je. kalau ada kedai yg nak sponsor makan, boleh jugak tolong review. hehehe...

maa'ssalamah,
Pha is