jika benar kasihkan nabi, ikutilah sunnah nabi, dan berselawatlah. sesungguhnya nabi kasihkan umatnya yang banyak berselawat.

daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, Sabda Rasulullah (S.A.W.): “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 
(Hadith riwayat Imam Tirmizi)

ketahuilah bila kita berselawat keatas nabi, sesungguhnya Allah dan makhluk di langit akan berselawat kepada kita. bila kita kasihkan nabi sesungguhnya Allah dan makhluk di langit pun turut sama kasihkan kita

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzaab 33:56)

sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud :  
Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat. 
(Hadis riwayat an-Nasa’i)

seperti firman Allah lagi,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li'Imraan 3:31)

berselawatlah



kerana bila kita mengasihi Nabi, Nabi akan mengasihi kita. Allah juga akan mengasihi kita, dan makhluk dilangit juga akan turut sama mengasihi kita. dan insyaAllah, makhluk dibumi juga akan turut sama mengasihi kita :)

maa'ssalamah,
Pha is